FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 13 October 2011

Kalau Orang Islam Sendiri Tolak Hudud, "Kami" Akan Terima

Satu peringatan kepada UMNO! Benarlah Islam itu rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa dan agama. Akan sentiasa ada segolongan yang mahukan kepada Islam sehingga akhir zaman. UMNO dan Barisan Nasional telahpun menolak hukum Tuhan. Namun, Allah gantikan mereka dengan PAS dan rakan sekutu mereka yang bukan Islam yang mana mereka melihat hanya hukum Tuhan dan undang-undang Tuhan dapat memulihkan negara ini yang semakin hari semakin terperosok jauh ke lembah kehinaan.
Bukan Islam pun sokong Islam
Dengan sokongan masyarakat bukan Islam iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.


Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

“Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap berkaitan perundangan Islam.

“Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah berusia,” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana lebih gemar menyiar aspek negetif.

Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan.
Sekumpulan masyarakat India yang tahu
Islam itu adil kepada semua
Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa.

”Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa,” ujarnya.

UMNO, apa lagi yang kamu mahu? Masih tidak cukupkah kerosakan yang kamu bawa kepada kestabilan sosiobudaya dan keharmonian masyarakat negara ini?
Ayuh semua kita bangkit, dengan slogan "PAS GANTI UMNO" !!!

8 comments:

  1. salam tuan...mari kita tengok adakah "agama" akan berjaya dibina atas "kuasa politik" ataupun tidak....(jeng jeng jeng....)ataupun mari sat kita renung dari sudut2 rutin,rumah kita pastinya xkan berapa jauh dari masjid@surau kan..?hari2 kita solat cara nabi(jemaah di masjid)ke cara kita(solat sorang2).cara nabi itu "agama" atau cara kita itu yg layak di pggil "agama"?(jeng3...).kenapa kita x nak ikut nabi?cara nabi xda keuntungan pada kita kan?makan pun kena berenti sebelum kenyang kan?tanda2 perkara itu adalah agama adalah tiada keuntungan di pehak kita,solat kat rumah kita untung,x payah stat moto@kereta pulas minyak,x kelua peluh pun..(ina solati wanusuki wamayahya wamamati lillah hirobbil alamin,sesungguhya yg tukang berbakti(pada "agama" )xpernah untung,kalo untung itu bias dikhuatiri bukan "agama" tuan..ABU BAKAR,UMAR,ALI meninggal dalam keadaan betul2 miskin(inila tanda mereka buat "agama" bukan politik).pemimpin kita kalo dia duduk rumah kayu pun gaji belas2 ribu,dah tua bangka masing2 pun syg nk letak jwtn,bukan nk berpesan2 kpd iman mcm nabi saw tp berpesan2 suruh undi dia,politik la 2)knp kita x boleh solat mcm nabi?sebab kita xda iman..(nak buat hudud x payah iman?????)nabi bina "agama" atas iman,tuan nak bina agama atas politik)..mari kita tengok(jeng3...)kejayaan manusia dan jin HANYASANYA ada dalam AGAMA ALLAH dgn CARA NABI MUHAMMAD SAW.psss..... tuan,rasulullah saw abu bakar umar ali betul2 miskin tau bukan buat2 miskin,saya ulang..BUKAN BUAT2 MISKIN...usman pulak mmg dh kaya dari kecil....jeng jeng jeng....(ADAKAH KITA DI PEHAK YG BENAR TUAN?)salam n walahuaklam tuan......

    ReplyDelete
  2. ~Anonymous [14 October 2011 00:33]~

    wasalamun 'alaik...Saya amat berharap pengunjung-pengunjung yang datang ke sini dan ingin meninggalkan komen boleh menggunakan nama-nama yang spesifik untuk memudahkan saya membalasnya.

    Sekadar apa yang saya belajar dan tarbiah yang saya jalani, kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat dan saling memerlukan. Politik atau kuasa dengan agama itu sendiri. Politik perlu dipandu dengan agama. Untuk menegakkan agama pula perlukan kuasa atau politik.

    Untuk mengawal masyarakat dengan undang-undang agama perlukan kuasa, wahai saudaraku. Ayuh, kita suruti semula sirah nabawiyah... Bagaimanakah nabi Muhammad saw berjaya menyebarkan dan menegakkan agama Islam di jazirah arab ketika itu dan mula tersebar ke selruh dunia.

    Baginda telah memegang kuasa dengan memerintah sebuah negara. Ini adalah uslub untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan. Kita fikir balik yer, bukankah baginda seorang rasul dan doanya pasti dimakbulkan. Namun, kenapa baginda tetap mahu membina sebuah negara Islam untuk mengukuhkan Islam sedangkan tak ada negara Islam dan baginda tak jadi ketua negara pun Islam boleh tersebar dan ditegakkan hanya dengan baginda menadah tangan kepada Allah ???

    InsyaAllah, saya akan menulis satu artikel berkenaan dengan awlawiyat politik itu dan kaitannya dengan Islam dalam konteks negara kita sekarang. Hanya menunggu masa yangs sesuai. Kepada sesiapa yang kata PAS tidak boleh menceburkan diri dalam bidang politik dan haram lah dan sebagainya, nantikannya...

    ReplyDelete
  3. kami blogger pejuang rakyat????? kenapa tak kami blogger pejuang Islam..

    nama Allah pun tak boleh nak pertahankan inikan pula nak pertahankan Islam.... orang Islam murtad kat DUMC pun korang sokong ... ini dikatakan nak pertahankan Islam... cermin diri dulu bai...

    ReplyDelete
  4. ~pejuang islam~

    saudaraku, ia hanyalah satu slogan daripada pelbagai-bagai lagi slogan yang diutarakan. Tidak kiralah, pejuang rakyat ke, pejuang Islam ke, apa yang penting tujuan, caranya ianya diperjuangkan dan matlamatnya. Betul kan ?

    Bukankah Islam mengajar kita menyebarkan kebaikan dan menegakkan keadilan di muka bumi ini. Kami berjuang bersama-sama rakyat yang inginkan keadilan dan ingin melihat Islam ditegakkan di bumi Malaysia ini. Salahkah?

    ^_^

    ReplyDelete
  5. selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tuan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

    http://bloglistmalaysia.blogspot.com/

    kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai
    sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah letakkan link blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. ~zonejb~

    salam sejahtera juga. Telah saya linkkan. Syukran, terima kasih~^_^

    ReplyDelete
  7. salam...bkan mslah sape cermin spe...kta cermin diri sendiri...tugas dakwah adalah tugas kita semua...ada faham...islam untuk semua....setiap perkara mesti perpengang pada islam..termasuk politik...celik mata wahai umat manusia yng msih kelabu...pandang la islam...anda akan dapat jawapan..

    ReplyDelete
  8. ~Anonymous~

    wasalam. Itulah masalah dan mentaliti sebahagian masyarakat kita. Mohon Allah swt tunjukkan kita jalan-Nya. Amiin.=)

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN