FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 10 October 2011

Hudud : Wartawan Hiburan vs Artis Malaysia [Gambar]

MasyaAllah, apa nak jadi da dengan masyarakat Islam Malaysia sekarang ini. Isu yang gempar diperkatakan kini adalah isu berkenaan komen pendapat artis terhadap hukum hudud. Alhamdulillah, ada yang ok laa. Namun, ada yang menolak terus hukum Allah ini dengan pelbagai alasan. Ada yang berlapik-lapik. Namun, mereka bukanlah yang bersalah 100% dalam soal ini, wartawan yang menyoal mereka serta editor yang meluluskannya juga bersalah.


Apa kejadahnya pergi soal berkenaan dengan hukum-hakam dalam Islam kepada golongan artis ? Nak tanya pun, biarlah kena pada tempat dan orangnya. Ramai lagi ulama'-ulama' di luar sana yang boleh membahaskannya. Isu ini patut diambil pengajaran dan tauladan agar ianya tidak berulang di masa hadapan. Tindakan yang tegas patut diambil kepada pihak yang terlibat dalam temubual tersebut juga tidak lupa kepada artis-artis yang menghina hukum Allah ini.


Jika mengikut kepada rencana yang ditulis, tertera nama Marina Sahabudin. Mungkin dialah yang menebual dan menyiapkan temubual di atas. Saya telah menyelongkar internet dan menemui insan yang bergelar wartawan ini. Diharapkan insan ini dapat menjalankan tugas dengan lebih profesional lebih-lebih lagi bergelar seorang muslimah dengan menjaga etika dan sensitiviti agama. Lain kali, beliau perlu menjalan tugas dengan lebih berhati-hati.


Mohon beliau menerima teguran membina ini dengan seikhlas hati dan berlapang dada. Ini gambar dan facebook beliau :



Link facebook beliau:



Pada pendapat anda, pandangan siapakah yang diikuti oleh kebanyakan orang yang menolak hukum hudud ? Sendiri mau fikir...


Ini pula komen daripada seorang artis muslimah. Kan bagus kalau macam ini. Takder la memandai-mandai. Thumbs up Wardina Safiyyah.



Akhir kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan ??? ~;-)

7 comments:

  1. nak tanya artis berkaitan hukum hudud tu tak jadi hal,tapi tanyalah artis artis seperti Hj.Akhil Khai,Wardina,Emi serch,Kumpulan kumpulan nasyid hijaj dan lain lain. Saya rasa mereka mereka ini lebih arif tentang hukum hudud ini. Yang pi tanya artis artis seperti enot,ayu raudah,cat farish tu apa hal,buat malu artis je nampak sangat artis artis ini jahil hukum. Itu bab hudud kalau tanya bab hukum lain lagi mencelaru. Yang paling sedih Otai Aziz Satar beri pandangan bab hukum hudud melalut ingatkan dah tua bab hukum OK ini terbalik KO

    ReplyDelete
  2. ~BaTu^NiSaN~
    syukran...

    ~Anonymous [11 October 2011 09:44]~

    Ya, saya pun sependapat dengan kamu. Ramai lagi sebenarnya artis-artis yang lebih sopan dan baik. Last2, pergi tanya depa ini jugak. Dunia akhir zaman, sanggup lakukan apa sahaja demi euntungan sementara.

    ReplyDelete
  3. wartawan yg tnya tu pun ntah tahu ke x psal hukum hudud. tgok rmbut pun freehair. Merah pulak tu.

    ReplyDelete
  4. ~Anonymous [11 October 2011 11:07]~

    wallahualam ler...tengok gayanya...huuurrmm, memang sesuai kot untuk jadi wartawan hiburan.;p Tetapi, tetiba pulak dia sentuh bab hukum-hakam dalam agama ini, tindakannya sememangnya perlu ditegur.

    Syarikat penerbitan perlu gariskan satu panduan khas dan spesifikasi dalam menentukan pemilihan seorang wartawan dan bidang tugas dia. Disebabkan tak buat macam tu la, timbulnya isu-isu macam ini. Tak mustahil isu-isu seperti ini akan berulang jika syarikat penerbitan akhbar tanah air mengambil enteng akan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. Apa jadinya kalau kita tanya pegawai tadbir macammana nak tangkap ikan? tak ker haru..... sebetulnya tanyalah nelayan sebab tu bidang dier ataupun pegawai tadbir tu dulu adalah seorang nelayan sebelum jadi pegawai tadbir boleh lah gak ditanya. ini pegawai tadbir tu pukat pun tak kenal alahai......kan ada ayat dalam quran kata jikalau kamu tidak tahu bertanyalah kepada yang tahu.

    ReplyDelete
  6. ~dairi ibu~

    wa'alaikumusalam,bu. Saya sokong kenyataan ibu 100%. Takut kalau tak sokong, jadik anak derhaka pulak, hehe~;p

    Tindakan yang tegas perlu diambil kepada kedua-dua belah pihak sebagai pengajaran kerana menimbulkan polemik di negara kita. Alhamdulilah, sudah ada yang memohon maaf secara terbuka kepada khalayak umum. Namun, daripada pihak artis sahaja, mana pihak akhbar ???

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN