FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 16 October 2011

Hudud : Sultan Brunei vs Najib Razak [Video]

Allah telah menetapkan hudud sebagai salah satu hukum atau undang-undang dalam Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam khususnya kepada ulil amri atau pemerintah. Jangan jadi macam seorang "ustazah" kita hari tu, yang mengeluarkan kenyataan media yang menunjukkan dia tak layak berada di tempatnya sekarang. Ada ke patut dia keluarkan kenyataan yang hukum hudud tak patut dilaksanakan kerana ianya boleh menyebabkan huru-hara dalam negara, sebabnya semua orang@rakyat dalam negara ini akan saling 'potong-memotong'. Padahal Allah sudah tetapkan hukum hudud ini wajib hanya kepada pemerintah umat Islam bukannya semua penganut Islam. Ingat senang ke nak jatuhkan hukuman hudud ni kat seseorang. Islam amat teliti dalam soal ini. Apa punya ustazah daa. MasyaAllah !!!

Bandingkan :-




Ini pula kenyataan Najib Tun Razak yang tak mahu laksanakan hukum Tuhan. Agaknya inilah yang menyebabkan British memberikan kemerdekaan negara kita kepada UMNO dan bukannya kepada orang yang ikhlas memperjuangkan tanah air, bangsa dan agama dahulu. Semuanya dalam perancangan dan percaturan mereka.


Anda sendiri menilainya. Sultan Brunei vs Najib Razak, siapakah pemenangnya? Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini...~;)

24 comments:

  1. Mohon jelaskan, bukankah undang2 Syariah sudah digunapakai di Malaysia semenjak sekian lama... Sbab itu kita ada Mahkamah Syariah... Setahu penulis ia berbeza dgn hukum hudud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar artis kena tanggap berpakaian tidak senonoh dibicarakan di makamah syariah.. then dia mintak tukar ke makamah sivil.. then boleh lepas...

      so skrg syariah yg paling besar kew atau sivil yg besar?

      Delete
    2. Ya betul tu. Kuasa mahkamah syariah sememangnya dari dulu lagi dibayangi dengan kuasa mahkamah sivil. Islam dipijak !!!

      Allahurabbi...

      Delete
  2. Salam buat saudara. Memang betul, undang-undang syariah sudah diamalkan di Malaysia. Namun, sejauh mana ianya diamalkan, dipraktikkan dan diautoritikan mengikut kepada Al Qur'an, hadis, ijma' dan qias.

    Kita melihat kuasa mahkamah syariah sering dibayangi dengan kuasa mahkamah sivil. Jelas, dengan pelbagai-bagai kes sebelum ini yang mengelirukan, bertindan dan tiada rang undang-undang yang jelas memberikan kuasa autonomi kepada mahkamah syariah sebagaimana yang sepatutnya. Mahkamah syariah sepatutnya diletakkan sebagai nombor satu bukannya lebih rendah daripada Mahkamah sivil atau setaraf kerana ianya berkenaan dengan sistem perundangan Islam. Kata negara Islam kan...

    Dalam soal hukum hudud pula, sepatutnya kita sebagai sebuah negara yang mengaku sebuah negara Islam dengan pemerintahnya yang Islam, majoriti rakyatnya Islam dan Islam agama rasmi persekutuan dan sememangya ini tanah milik umat Islam zaman-berzaman, sudah lama memberikan mandat agar mahkamah syariah dapat melaksanakan hukum ini dalam sistemnya. Bukan sahaja mahkamah syariah, undang-undang dan akta yang terdapat dalam mahkamah sivil juga perlu dipinda agar selaras dengan Al Qur'an dan sunnah terutamanya yang berkenaan dengan hudud dan qisas.

    Kita tidaklah perlu membuang semua undang-undang asal yang dibawa barat. Namun, yang mana hukuman atau jenayah yang telah termaktub dalam Al Qur'an dan sunnah itulah, yang itulah perlu diutamakan. Jika yang sememangnya tiada dalam Al Quran dan sunnah boleh mengikut budi bicara mahkamah samada mahu menggunakan undang-undang yang lama, atau mengikut kepada ijtihad muzakarah yang terkini dalam kalangan ulama' atau dilaksankan takzir.

    Ingat sahabatku, mahkamah syariah kalau setakat ada sahaja tapi kuasa untuk menjalankan hukum-hukum Islam terhad dan terbatas buat apa. Inilah sebabnya berlaku begitu banyak kepincangan di negara kita sekarang, isu murtad, masalah sosial, korupsi, zina, kadar jenayah yang semakin meningkat saban tahun dan sebagainya. Semuanya bermula di sebalik undang-undang dan perlaksanaannya. Kenapa? Anda tidak percaya kepada 'penawar' yang telah Allah turunkan kepada kita sejak 1400 tahun yang lalukah ? Allah yang menciptakan segala penyakit, dan Allah lah jua yang menciptakan segala penawar bagi segala penyakit itu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. patut pun brunai senyap aman dan tiada masalah..walupun kcik tp aman.....rakyat hdp dgn aman....MASYAALLAH....

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah, nasib baik Brunei bukan di bawah kekuasaan kerajaan Malaysia. inilah hikmahnya!

    ReplyDelete
  5. Pada 17 Oktober 1990 Karpal Singh mencabar Nik Aziz supaya melangkah mayatnya dulu sebelum hendak melaksanakan undang undang hudud di malaysia .

    Hari ini genap 21 tahun cabaran karpal itu . Tahniah karpal anda tetap konsistan . Tak bergerak walau seinci sepanjang 21 tahun yang lepas.

    Kepada Nik Aziz cuba renungkan dan fikir apa perubahan yang telah berlaku sepanjang 21 tahun yang lepas dalam hal menegakkan negara Islam sebagaimana yang dilaungkan !!!!

    Takkanlah dalam tempoh 21 tahun tidak boleh dikeluarkan draf bagaimana kaedah dan cara hukum hudud yang dilaungkan oleh PAS hendak dilaksanakan. Sebagai kerajaan yang hendak menukar dasar berkaitan undang-undang patutnya didokumenkan untuk diteliti dan diperhalusi oleh rakyat . Bukan hanya diletakkan dihujung lidah penceramah yang terpekik terlolong hendak melaksanakan hukum ALLAH dipentas ceramah sahaja.

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih jawapan yang jelas tetapi ada byk lagi persoalan ttg hukum hudud yg mana saya akn tnya ahli ugama secara live...

    Dan satu lagi saya suka blog ini penyokong PAS yg menggunakan bahasa-bahasa yang baik berbanding blog penyokong PAS yang tegar yg suka menghina sana sinii... Saya akan linkkan blog ini di blog saya :)

    ReplyDelete
  7. salam tuan yg sy muliakan.....sehat?ok tuan mari kite buat renungan yg "ringan2",yela kita ni semua "hamba" nak cerita tinggi2 pun segan kan... :-bapak ali MENYURUH ali pergi ke kedai membeli gula..ali pun kelua tapi lpas 2 BALIK dgn tgn kosong,bapak dia tanya kenapa x beli???ali jawab bapak kawan baik saya yg namanya abu 2 x bagi saya beli...(SANDARKAN KERJA YG BAPAK KITA BAGI KAT KITA KEPADA BAPAK KAWAN KITA..JELAS SEKALI INI ADALAH KERJA GILA@ATAU BERLAKU KECELARUAN OTAK )..esok tuan BALIK jumpa ALLAH TAALA tuan nak jwb mcm ali 2 jwb ke?(xkan la tuan yg bijaksana ni xtau bahawa kezaliman sebenar adalah syirikkan ALLAH TAALA?,setakat tuan malas keje 2 x kira zalim lg tuan..)tuan nak tau kenapa pemerintah(umno ke pas ke x daya buat hudud?)sebab kita semua xda iman..berpesan2la kepada iman tuan bukan politik..PERNAH DGR X TUAN.."NANTI AKU ADA MASA AKU SOLAT?,SANDARKAN KERJA ALLAH PADA MASA???(KATA2 YG RUTIN DAN MENGHAMPIRI SYIRIK SEBAB 2 KITA SUSAH HATI HARI2 SBB DLM KATA2 KITA PUN ALLAH X PERNAH DIBESAR2KAN,"MASA" PULAK YG BESAR..)KALO YG NI LG HEBAT,PERNAH DGR X TUAN?"ERRR...KARPAL SINGH BELUM SETUJU LA NAK BUAT HUDUD"....HEHE...JGN MARAH TUAN)..salam n walahuaklam tuan..:-ABDULLAH..

    ReplyDelete
  8. ~Anonymous [17 October 2011 09:46,17 October 2011 10:48]~

    Itulah antara hikmah dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada wilayah yang mana umara'dan ulama' saling bergandingan. Walaupun, baru sahaja undang-undang syariah hendak diperkemaskan, sekurang-kurangnya mereka ada usaha dan inisiatif untuk ke arah itu dan tidak pernah pula menolak hukum Tuhan. Kita ???

    ~Penganut PAS~

    Apa yang anda lihat sebenarnya, saudaraku? Anda mesti bertindak adil dan melihat segala tindakan dan peristiwa yang berlaku dari segenap dimensi dan perspektif. Jangan hanya sebelah pihak. Ya, Karpal memang konsisten, namun tidakkah anda tahu baru-baru ini, beliau ada mengusulkan hukuman yang mirip kepada hukum qisas agar dilaksanakan di negra kita.

    Beliau masih lagi tidak faham sepenuhnya. Lagipun, beliau adalah bukan Islam. Munasabah la, beliau tidak faham dan tidak mahu kepada hukum Islam. Habis tu, UMNO yang terang-terang mengaku Islam. Kenapa turut mengingkarinya ? Malahan, semenjak 50 tahun lebih memerintah tiada langsung inisiatif untuk ke arah melaksanakan hukum Hudud dan Qisas. Ingat ke, ada la nak buat panel ke apa ke untuk mengkaji rang undang-undang Islam ni. Tapi, ada ke?

    Kini, PAS bertahaluf siasi dengan DAP untuk kelangsungan dakwah dan Islam juga. PAS ada prinsipnya. Ingat PAS ini hanya dipijak-pijak ke dalam PR nie? Sebenarnya, PAS ada strateginya yang tersendiri dalam menegakkan Islam. Nak tau ke?

    ^_^

    ReplyDelete
  9. saya tertarik dengan kata2 hijabul crewz..
    boleh share x strategi Pas yang dimaksudkan?

    ^_^

    ReplyDelete
  10. ~Sir~

    Itulah yang terbaik, anda tanyalah alim ulama'. Dan lebih elok jika tanya kepada orang yang alim terlebih alimya dalam bidang usuluddin, feqah dan tasauf. Terima kasih kerana linkkan blog saya.

    ~Anonymous~

    Wasalamun 'alaika. Saya sudah cam gaya penulisan komen saudara. Ternyata, saudara juga yang telah komen dalam post-post saya yang terdahulu. Sudah saya jawab. Entah apa lagi yang saudara mahu penjelasan. Sila check komen saya di post yang lain. Syukran =)

    ReplyDelete
  11. saudara ku semua..hudud 2 bkan undang2 PAS tpi undang2 ALLAH..tolng faham...undang2 ALLAH x da spe boleh bangkang atau tunjuk hero... kalau saudara semua x bt salah bt apa nk tkut..orng yng tkt hukum hudud ni orng yng bt dosa @ bt salah...

    ReplyDelete
  12. ~saida~

    Strategi PAS? InsyaAllah, saya akan menulis satu entri berkenaan dengan beberapa strategi PAS dan konsep penglibatan PAS dalam sistem politik demokrasi di Malaysia sebagai pencerahan kepada rakyat Malaysia. Namun, bukan semua dapat saya dedahkan kerana sebahagiannya menjadi rahsia kepada PAS dalam perjuangan menegakkan Islam. Nak tau lebih lanjut, ikutilah blog ini...=)

    [Anda juga boleh baca pelbagai buku berkenaan dengan penceburan PAS dalam sistem politik di Malaysia yang ditulis oleh beberapa pimpinan PAS, banyak dijual di pasaran]

    ReplyDelete
  13. ~anonymous [21 October 2011 01:35]~

    Sokong saudara anon. Hudud ciptaan Allah, bukan PAS !!!

    ReplyDelete
  14. I was able to find good advice from your blog posts.



    Also visit my site: cams free chat

    ReplyDelete
  15. Hi, its nice post concerning media print,
    we all be familiar with media is a wonderful source
    of facts.

    My web page :: demiurgestudios.com

    ReplyDelete
  16. Hey there! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing a
    few months of hard work due to no backup. Do you have any methods to prevent hackers?


    my web site - live sex Web

    ReplyDelete
  17. Howdy, I believe your blog could be having internet browser
    compatibility issues. Whenever I look at your website in Safari, it looks
    fine but when opening in I.E., it has some overlapping issues.
    I merely wanted to provide you with a quick heads up! Aside from that,
    fantastic site!

    my web site; Lingr.Com

    ReplyDelete
  18. We are a gaggle of volunteers and starting a brand new scheme in our community.

    Your website provided us with useful information to work
    on. You have done an impressive task and our whole neighborhood will be thankful to you.


    Have a look at my website; real cam to cam sex

    ReplyDelete
  19. Hey there! I've been reading your web site for a while now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Dallas Texas! Just wanted to tell you keep up the fantastic job!

    Review my web blog ... live nude

    ReplyDelete
  20. I really like looking through an article that can make men and women think.
    Also, many thanks for allowing me to comment!

    My site :: free girl cams

    ReplyDelete
  21. Hi there, I want to subscribe for this weblog to take latest updates, thus where can i
    do it please help out.

    Review my page - live sex porn sites

    ReplyDelete
  22. Excellent blog! Do you have any hints for aspiring writers?
    I'm planning to start my own site soon but I'm
    a little lost on everything. Would you advise starting with a free platform like Wordpress or
    go for a paid option? There are so many options out there
    that I'm totally overwhelmed .. Any recommendations? Thanks!

    Also visit my web site - http://www.zenylife.com/user/profile/amandakin/

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN