FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 4 October 2011

Hudud: Boleh tak sokong, tapi jangan halang, kata PAS

Isu pelaksanaan hukum hudud sebenarnya bukanlah isu politik tetapi adalah tuntutan agama untuk umat Islam. 


Justeru, menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beliau berharap tidak ada pihak yang akan cuba mengenakan kekangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka.

Katanya, golongan yang tidak mengerti mengenai perundangan Islam dan bukan ahlinya juga tidak sepatutnya membuat komen yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu.

“Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat-menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud, akan tetapi janganlah seperti MCA yang menuduh liar bahawa hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kepada yang tidak menyokong perundangan Islam, kata Tuan Ibrahim boleh terus tidak menyokong, namun menurutnya adalah amat tidak adil sekiranya golongan itu menyeru umat Islam melupakan hasrat mereka selama-lamanya.

Jangan campur urusan agama lain

“Dalam konteks demokrasi negara, tugas melaksanakan syariat Allah kini bergantung pada keinginan – bak kata, nak seribu daya, tidak nak seribu alasan.

"Antara PAS dan Umno, umat Islam kini boleh melihat dengan jelas siapa yang seribu daya, dan siapa yang mempunyai seribu alasan dalam melaksanakan dan menerangkan syariat Allah secara dakwah kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, Islam tidak pernah menyekat kebebasan agama lain, mahupun amalan serta penghayatan agama berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menempelak resolusi persidangan MCA yang menyatakan hukum hudud yang dicadang dilaksanakan di Kelanatanakan menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Kejahilan ini mencerminkan kepada rakyat betapa MCA yang menjadi komponen penting dalam BN selepas Umno, gagal menjaga perasaan umat Islam, sehingga meluluskan satu resolusi yang memalukan tentang Islam.

"Tidak timbul soal Islam menyekat kebebasan agama lain, atau menyekat amalan dan penghayatan agama lain,” katanya.

Menurut beliau, tindakan itu menunjukkan tahap kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno dan BN.

Kewajipan Islam

Pada Ahad lalu, persidangan mesyuarat agung MCA meluluskan satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud.

Alasan parti Cina itu, hukum hudud, bukan sahaja bercanggah dengan rukun asas perlembagaan persekutuan, tetapi didakwa menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Jangan kelirukan lagi benda yang suci yang diturunkan Allah ini. Lihatlah MCA, umat Islam boleh menilai sendiri kesan pemerintahan Umno terhadap nama baik Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata PAS melihat suasana saling hormat-menghormati, memahami dan tidak mencampuri urusan agama lain perlu dikekalkan demi keharmonian negara.

Tambah beliau, rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya.

“Perundangan Islam bersifat kawalan dan pencegahan agar masyarakat selamat dari anasir yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara, di samping menjamin keselamatan nyawa, harta benda, maruah manusia, akal dan agama.

Maqasid syariah

"Ia juga merupakan tujuan utama syariah Allah diturunkan. Kerana itu, melaksanakan peraturan Islam adalah tuntutan maqasid syariah, bukan sebalik sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan yang kurang arif tentang Islam,” katanya.

Menurut beliau lagi “Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) yang telah diluluskan dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri harus diterima” kerana “ia telah melalui proses sistem demokrasi yang diperakui oleh perlembagaan negara.”

“Kedua-dua enakmen ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, Manakala golongan bukan Islam dikecualikan dari perundangan syarak kerana mereka bukan Islam,” katanya.

PAS, katanya juga mengharapkan pakar perundangan dan mereka yang berautoriti dari sudut syarak seperti para mufti, alim ulamak dan lainnya supaya tampil memberikan pandangan mereka, agar membantu masyarakat memahami sistem perundangan Islam ini.

3 comments:

  1. Assalammualaikum saudaraku,banyak orang bercakap tentang soal pendidikan awal, pendidikan memperkenal hudud kepada orang bukan Islam ? Sampai bila mereka akan berusaha memahami dalam cerita ketakutan yang disebarkan sendiri oleh orang islam. Sesuatu yang sukar dilakukan tetapi amat baik dilakukan iaitu mencantas tunas musuh utama dan melaksanakan dengan segera. Terlalu banyak berlembut berbincang hanya akan membawa pincang. Tetapi siapakah yang boleh melakukan ini ?....... sehingga hari ini kita akan masih berbincang sedangkan kita sendiri tahu jawapannya... esok kita berbincang juga kerana banyak orang tidak percaya

    ReplyDelete
  2. salam tuan..mari kita menyorot KEBENARAN..sama2 lah kita jujur dan terima hakikat atas kebenaran ini..kesemua 4 sahabat besar tidak meminta jawatan dan mereka menolak apabila hendak dicalon menjadi khalifah sehinggalah mereka dibaiah semua org ramai..betulkan tuan?mereka saling tolak menolak x maukan jawatan pemimpin.. kalo lah "kuasa" itu lebih berkuasa dari ALLAH TAALA nescaya sahabat x tolak tuan..kalolah mereka YAKIN dgn kuasa agama boleh dibina dan semua masalah selesai ..nescaya sahabat terus menerimanya bukan menolak,ketahuilah yg YAKIN sahabat2 hanyalah pada ALLAH,selain dari allah semuanya x berkuasa(inilah iman)..sama2lah kita terima hakikat bahawa SYARAT PERTAMA kepada BERJAYANYA USAHA agama itu adalah sandarannya..sandaran agama adalah iman@allah taala..jika tuan dirikan solat bersandarkan@mengenangkan mak mentua ada di rumah..ini bukan agama,kerana ianya dibina atas sandaran yg salah..sebab 2 nabi x perlu kuasa utk jadikan sandaran kepada agama..sandaran kepada agama hanya lah ALLAH TAALA@iman bukan KARPAL SINGH ATAU MAK MENTUA KITA yg ada kat umah lalu kita dirikan solat.. saya nak tanya tuan bagaimana pada fikiran tuan jika agama@hudud itu disandarkan kepada karpal singh,lim kit siang,anwar ibrahim,najib?kalo mereka x suka x payah buat?ini kerja agama ke kerja gila ke kerja politik tuan?kenapa pulak nik aziz x boleh berjaya sedangkan dia nak buat agama?sebab nabi x pernah sandarkan agama kepada makhluk(sandarkan kpd politik ke,atau nabi tanya org kafir atau pemerintah boleh ke x dia nak berdakwah,sesungguhnya nabi x pernah buat perkara2 syirik ni,agama allah mestila disandarkan kpd allah bukan?) ..nabi berpesan2 kepada iman bukan?(tauhidkan allah)..inilah sandaran yg dibina utk agama yg BAKAL menyusul.. terimalah hakikat tuan hanya iman@ALLAH TAALA SAJA yg boleh jd sandaran kepada agamaNYA..berpesan2lah tuan kepada iman..bukan politik..salam n walahuaklam..(amatlah rugi jika kita menyangka sesuatu yg bukan agama itu sbg agama)...maaf tuan panjang sikit hehe..

    ReplyDelete
  3. ~Panglima Muda~

    wa'alaikumusalam sahabatku, ya. Kerana itulah pentingnya pemahaman tentang undang-undang Islam perlu diterapkan dan cuba disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Apabila mereka, sudah faham akan keadilan dan kebaikan sistem syariat islam barulah mereka dapat menerimanya.

    Namun, betapa banyak tangan-tangan manusia yang cuba mengahalang perkara ini daripada berlaku. Na'uzubillah.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN