FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 10 October 2011

Bajet 2012: Syarikat luar dapat nikmat, rakyat terus derita

Subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.



Justeru, bagi Presiden PAS, secara konsepnya Bajet 2012 masih sama, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

“Ini adalah belanjawan pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, ujarnya tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.

Katanya, kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat.

Contohnya, kata beliau harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya.

Ini, tambahnya menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar, tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang menambah, untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat.

Malah, katanya rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.


“Penstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat,” ujarnya.

Sebagai contoh, beliau berkata subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.

“Ini merupakan pengaliran keluar sumber.

“Insya Allah, saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN