FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 14 August 2011

PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam

http://mutaligat.blogspot.com
Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini. 
Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. 
Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan. 
Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?


Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno.

PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita. 
PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.
Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat.
PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman.
Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?
Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya ..
Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...

7 comments:

  1. SALAM RAMADAN TUAN..AGAMA ITU DI "IKLAN"KAN ALLAH TAALA MELALUI NABI..NABI TEGAKKAN ISLAM BUKAN DGN YAKIN KEPADA "KUASA"..NABI YAKIN KEPADA ALLAH,INILA IMAN..OLEH SBB "KUASA" ITU SEBENARNYA X "BERKUASA" SBB HANYA ALLAH SAJA YG MAHA BERKUASA SBB 2 NABI BERPESAN2 KEPADA IMAN DARI PINTU KE PINTU TANPA PERLU TGGU@BERCITA2 JADI PENGUASA..INILA AGAMA..KALO X STUJU DELETE SAJA X PERLU BERHUJAH SEBAB SAYA BUKAN MAU BERDEBAT..SALAM RAMADAN TUAN..WALAHUAKLAM(AMAT MALANG KALO KITA SESAT DALAM MENCARI KEBENARAN..SEMOGA ALLAH LINDUNGI KITA SEMUA)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Saya sokong pendapat di atas, kuasa bukan lah yang dicari di dalam Islam. Tetapi yang paling utama adalah mengembalikan Syiar Islam. Tanpa kuasa pun sekiranya dakwahnya tepat dan mengikut Sunnah Rasulullah, pasti Islam menjadi kuat dan dipilih oleh seluruh MANUSIA terutama di Malaysia.

    Kuasa hanya tertakluk pada negara sahaja. Islam bukalah hanya pada negara. Islam adalah agama yang perlu di tegakkan di seluruh pelusuk DUNIA. Fahaman bernegara membataskan pendakwahan Islam. Dan sebab KUASA PEMERINTAHAN jugalah umat Islam tidak membantu umat Islam lain yang tertindas kerana takut KUASA mereka hilang.

    Wallahulam.

    ReplyDelete
  3. Barangkali saudara tidak tahu apa yg berlaku dlm meting kerajaan negeri selangor. Bila ditanya pandangan oleh Wakil Rakyat Non-Muslim, wakil PAS sikit pon tak berkata.. Ni bukan dikalangan PAS - UMNO. Ini dah melangkaui politik. Sdr tak jelas apa yg berlaku dlm gereja tersebut. Sdr sekadar baca paper. ayat saudara "apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu" adalah andaian. Bukankah bila datg berita, mukmin diajar utk selidik dahulu? - penyokong PAS yg tak melatah..

    ReplyDelete
  4. PAS dah tersasar jauh dari landasan perjuangan yg asal. IFC? bila masanya PAS tegas dlm isu ini. Dlm isu JAIS ini, ada perminpin tertinggi PAS mengatakan JAIS telah diperalatkan oleh UMNO. Jikalau benar seperti diperkatakan. Memang patut UMNO bertindak sedemikian. Dlm bab ini saya menyokong UMNO kalau benar apa yg diperkatakan. Kenapa PAS masih lg memainkan isu serbuan ke atas gereja yg telah memurtadkan org Islam. 3 beradik didalam gereja tersebut telah dimurtadkan pada malam itu. Kenapa PAS tidak mempersoalkan kepada ahli gereja ini? Kenapa masih lg berdolak-dalik?

    ReplyDelete
  5. salam...nak tanya bila masa PAS tegas dalam isu IFC?yg betul2 tgs dlm isu IFC ialah zulkifli nordin sehingga snggup keluar PKR...PAS apa buat?isu gereja knp nk dgr ckp org kfir?nk dgr pnjlasan dri phk grja buat apa?suara org islam xnk dgr nk dgr suara org kfir pula....

    ReplyDelete
  6. sudoh2 la,, selesai dulu kes gereja ni,,, jgn putar je lebih no,,, salam ramadhan

    ReplyDelete
  7. wasalam semua..

    jika artikel ini mengelirukan...saya mohon beribu-ribu kemaafan..ini bukanlah hak milik saya...hanya copy paste..

    wallahualam..;)

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN