FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 10 July 2011

Husam: Episode Bersih 2, BN terluka parah

Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.

Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.

Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

Saya berucap dulu.

Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur.

Amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

HUjan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang Bersih 2.

Izin Agung lantik SPR baru


Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan dengan Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin sperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

Ugutan dan terkeman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hri ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatn regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamtan rakyat.

Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang....

7 comments:

  1. Mana nak ketua polis merestui Bersih? Tanpa rasuah mereka tak`an hidup belun duit maksiat dari syarikat judi dan pelacuran yang mengisi kantong dalam kehidupan mereka yang menjadi satu kemestian.Sebab itu meraka tak dapat membezakan apa itu bersih.Napa tak suruh menteri Pelajaran tutup je sekolah dan Universiti supaya rakyat tak tahu hukum dan undang undang dalam menjalani kehidupan.Beri I/C pada pendatang yang umnoporno beri tak haram pun sebab lagi banyak perompak dan penjenayah lagi banyak masukkk...Pemimpin keturunan penyangak dan perompak tu je yang bersih yang pati pembangkang buat semuanya Haram jadah.

    ReplyDelete
  2. Agong dah larang buat juga,lepas tu salahkan polis.korang dah tahu sungai banyak buaya,terjun juga

    ReplyDelete
  3. whakakaka!!!Pandai btol anon 11 July 2011 21:58 berdolak-dalih..Dh ditutup jln ke stadium,kena la diorang berarak ke sana..Dulu mat Monggol gak yg kata buat kt stadium..
    Bila org dh setuju nk buat kt stadium,ko x bg permit pulak..
    Kan lidah bercabang mcm biawak kebulor telor ayam kg jer tu,gamaknya...
    Klakar btol dpt Perdana Meroyan mcm tuh.blm tua lg dh nyanyuk!!!!
    Alamat nk kena tukar la x lama lg tuh....

    ReplyDelete
  4. Melayu mudah lupa...?

    http://www.youtube.com/watch?v=TCkvy3uClno&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  5. syukran keempat-empat anon,

    silap bagi saya mengatakan Agong tidak membenarkan, baginda cuma minta buat secara aman dan di tempat yang tertutup.

    Najib yang pada mulanya telah bersetuju telah memungkiri janjinya untuk membenarkan perhimpunan di Stadium Merdeka.

    Semoga, kita semua berada dalam redha-Nya dan sama-samalah kita berdoa semoga negara kita ini menjadi negara yang lebih baik serta mengamalkan sistem politik Islam yang syumul kelak. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Agong-Demonstrasi jalanan lebih banyak mambawa keburukan dari kebaikan walaupun niat asalnya baik.Lepas tu najib tak bagi guna stadium.Balik kpd demonstrasi jalanan.

    Ayah kata jgn main di jalan.Kalau macam tu kita main di Stadium,la Stadium tutup.Kita main di jalan

    ReplyDelete
  7. wey bodohnya melayu zaman skrg..aku sendiri melayu pun malu la tgk bangsa aku mcm ni..korang smua xpayah gaduh2 dah pasal perhimpunan bodoh ni. pertama skali aku nk ckp, kepada yg menyokong bersih, korang tau tak yang korang perjuangkan demokrasi sgt tu mmg bodoh. sah2 demokrasi tu dicipta yahudi.kalau nak jadi hero mcm kt libya dgn palestine pun, perjuangkan lah pentadbiran islam khalifah! bukan demokrasi bodoh..last2 nak sgt demokrasi, bangsa kite pecah.tahniah!

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN