FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 15 June 2011

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

http://www.malaysiakini.com/bm/

10 comments:

  1. Jahil... atau pelukis tu memang benci ISLAM... Mana pergi group2 pendekar Melayu... takkan dok diam je... Takkan hanya pandai garu batu Brahem Ali ngan Det Kutty je...

    ReplyDelete
  2. Jgn cerita pasal 4 saksi shj. Gunakan hukum Allah itu KESELURUHANNYA. Jgn hanya guna bahagian yg sesuai dengan hawa nafsu korang shj.

    Dlm hadis pasal qazaf ini, Nabi saw memerintahkan si penuduh dan si tertuduh BERSUMPAH laknat kalau tak ada 4 saksi. Hadis ini diulang banyak kali dlm banyak kitab hadis.

    So, kalau pasal sumpah laknat hangpa main ludah je hukum Allah, tak payah la cerita pasal hukum. Tak payah cerita pasal 4 saksi. Kita cerita pasal sumpah laknat tu dulu. Itu hukum Allah juga. Jgn mansuhkan hukum Allah.

    ReplyDelete
  3. sumpah laknat tu utk kes laki bini le yg ada scandal tapi takde saksi...

    ReplyDelete
  4. Kartun ini sememangnya seakan-akan memepersendakan Islam. Padahal, Islam itu syumul malah telah membahagikan setiap sesuatu hukum dalam bahagian yang tertentu. Kartun ini menyebabkan rakyat yang jahil sikit jadik bertambah-tambah le jahilnya. Memang patut diambil tindakan yang tegas ke atas pelukis dan editor akhbar ni.

    huuurm, bab sumpah laknat tu memang untuk suami isteri la Dart Anwar.

    ReplyDelete
  5. Kamu semua adalah manusia durjana. Kau menyempitkan skop dalil hukum bila terkena batang hidung kau, tapi memperluaskannya bila ia sesuai dengan hawa nafsu kau.

    Rasanya korang ni lebih alim daripada Bekas Mufti Perlis kot? Dr MAZA tak tahu dalil hukum lian kot?

    Kita tengok apa akan jadi kalau kita sama-sama ikut rentak menyempitkan dalil hukum.

    Dalil yang mengatakan wajib bawa 4 saksi untuk tuduhan zina itu, sama ada dalil Al-Qur’an atau Hadith, hanya merujuk kepada tuduhan ZINA sahaja dan tuduhan yang dibuat ke atas WANITA sahaja. Melainkan kau boleh bawakan dalil-dalil naqli dari Al-Qur’an dan Hadith (bukan fatwa ulama) yang mengatakan sebaliknya.

    Kalau kita nak sempitkan dalil hukum ini hanya untuk wanita dan zina sahaja, maka tuduhan liwat ke atas Anwar tidak memerlukan 4 saksi kerana ia bukan zina. Juga tudahan zina Anwar dengan China Doll juga tidak memerlukan saksi kerana Anwar adalah lelaki.

    Full stop.

    What do you think?

    Kenapa aku katakan Islam itu indah? Kerana dalil-dalil hukum Islam akan memerangkap golongan seperti kau yang amat suka mengubah-ubah skop dalil ikut suka hati sahaja.

    Kalau kau nak sangat tolak sumpah laknat Datuk Eskay, maka tolaklah juga keperluan 4 saksi dalam kes liwat dan zina Anwar.

    Kau boleh juga tengok ceramah ustaz kau ini. Dia sendiri kata (bermula minit 6:57) bahawa hudud itu hanya untuk pelaku jenayah yang AMAT jahat sahaja, iaitu yang melakukan zina atau liwat di tempat terbuka sahaja. Ertinya dalam kes Anwar, disebabkan dia tidak melakukan liwat atau zina di tempat terbuka, maka dia tidak terkena hukum hudud. Yang terkena ke atas Anwar adalah hukum TAKZIR. Dan dalam hukum takzir tidak memerlukan 4 saksi.

    Sila tengok sendiri: http://www.youtube.com/watch?v=4MddbukVSMI&feature=related

    ReplyDelete
  6. syukran,

    kepada saudara Darth Anwar takzir sememangnya tidak boleh diguna pakai dalam kes liwat nie. Ni bukan saya yang cakap tapi Ketua Ulama' Sedunia, Sheikh Yusuf Al Qardawi...

    nie fatwa beliau apabila diajukan berkenaan dengan takzir dalam kes ini:

    Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

    Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.

    Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

    Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.

    Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina.

    Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

    “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq“

    Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..

    Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..

    guane gamok???

    ReplyDelete
  7. Tuan, tuan melalut tu. Atau boleh saja saya simpulkan tuan tidak boleh menjawap persoalan UTAMA.

    Persoalan utama adalah: Kenapa hukum sumpah laknat hanya boleh utk hukum li'an sahaja, tapi hukum 4 kesaksian boleh digunakan pula untuk qazaf ke atas kes liwat dan zina lelaki? Kalau sumpah laknat cuba dipersempitkan kerana dalil-dalilnya kebetulannya hanya melibatkan kes li'an suami-isteri, kenapa pula nak diperluaskan skop 4 kesaksian untuk kes qazaf liwat dan zina lelaki kerana jelas dalil-dalil qazaf hanya melibatkan wanita sahaja?

    Tuan tak perlu cerita panjang2 pasal takzir tu kerana itu adalah cerita drp ustaz tuan dlm YouTube tu - bukan cerita yang saya fokuskan. Kalau tuan dan ustaz tu cerita panjang2 pasal takzir pun akan terbelit dgn tuan juga.

    Saya akan lawat lagi page ni beberapa kali kalau-kalau tuan cuba menjawap persoalan utama. Kalau tidak saya akan bookmark shj page ni sebagai satu bukti juak2 PAS macam tuan adalah pendek ilmu.

    ReplyDelete
  8. tak "pahang starang" soalan saudara...pening baca...boleh buat ayat molek sikit tak ?

    ReplyDelete
  9. xpyah la nak banyak cakap pon,,, dah memang betul,, truth about muslim world.

    ReplyDelete
  10. suma comment bukan nak membina. saja nak penyedap hawa nafsu nak menang. poyo, cakap gempak macam tau agama...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN