FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 11 April 2011

Sokongan kepada PAS meningkat selepas dua PGU

KEMAMAN - Sokongan kepada PAS semakin meningkat selepas dua kali Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) dianjurkan pada bulan Januari dan Mac baru-baru ini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata permohonan menyertai keahlian PAS meningkat sekali ganda.

"Selepas PGU kali pertama di Chukai dan PGU ke-2 di Jerteh, orang nak masuk PAS nertambah, Kawasan Marang paling ramai, berjumlah lebih seribu orang,"katanya.

Menurutnya, ia merupakan kayu tunjuk, kepada kejayaan program tersebut sekaligus merupakan kebangkitan rakyat Terengganu menjelang pilihanrayua umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau menjangka, ia akan tambah meningkat selepas PGU ketiga yang akan diadakan pada 20 dan 21 Mei akandatang.

Katanya, PGU itu yang dinamakan 'PGU100K' akan diadakan di Kula Terengganu dan mensasarkan kehadiran seramai 100, 000 orang.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN