FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 29 March 2011

Sokong PAS Haramkan Judi !!!

Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

NONEPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan. 

NONEDi Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.

Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.

Ku Li: Terburu-buru

“Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri,” katanya.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS itu sebagai tindakan terburu-buru.

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat Gua Musang, hari ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lalu.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya.

2 comments:

  1. Umat Islam yg tdk menyokong keputusan kerajan Kelantan,samalah dia dgn toke judi. Begitu juga umat Islam,khasnya orang Pas Kedah yg menyokong MB Kedah, sama juga mereka dgn toke judi.Krn itu, pimpinan Pas yg mengizinkan Nik Aziz haram judi, juga mengizinkan Azizan menruskan judi d Kedah, semuanya samalah dgn almarhum Tunku Rahman yg mengasaskan judi loteri dulu.Fikir2kan lah. Dalam isu judi ini,Pas ada brp mazhab?

    ReplyDelete
  2. syukran IslamOri...

    apa yang saudara maksudkan sebenarnya...ingatlah,proses dakwah ini bukanlah mengambil masa yang singkat...sedangkan bapa saudara nabi Muhammad saw pun tidak diizinkan Allah memeluk Islam di tangan baginda..apatah lagi masyarakat kita...

    Proses pengharaman ini memerlukan masa yang panjang juga..bukan senang...tapi PAS komited dalam menegakkan hukum Islam ini...cuma masih lagi tidak secara total...biar sedikit2 tetapi berterusan...dan akhirnya, insyaAllah akan dilaksanakan secara total..

    sama2 kita doakan...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN