FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 20 March 2011

[GEMPAR] Adakah Ini Bibit-bibit Kepada Peperangan Armageddon ???

Adakah krisis ini merupakan bibit-bibit kepada peperangan dunia ke-3 atau World War Three ? Atau lebih popular dengan gelaran Battles of Armageddon atau Peperangan Armageddon ? Mengikut pendapat sesetengah ulama juga pendapat sesetengah orientalis, peperangan Armageddon dikatakan peperangan yang akan berlaku sebelum  munculnya Imam Mahdi serta Pasukan Panji Hitam Dari Timur, Al Masih Al Dajjal dan Nabi Isa a.s. Ianya termasuk dalam tanda-tanda dekatnya kiamat.


Semalam, kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.



Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.


Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.



Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam. 
Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.


"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.


Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.



Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'.


Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gaddafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang. 


Sementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.


Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.


Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Gaddafi.
 


Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.


Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.


Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.


Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.


"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.

Umat Islam di Libya nampaknya seperti keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Campurtangan barat dalam urusan hal ehwal Libya sudah boleh dihidu digerakkan oleh Zionis yang bertopengkan Amerika Syarikat serta tentera bersekutu. Malangnya, ada juga sesetengah negara Islam yang menyokong mereka seperti Qatar, Kuwait dan Bahrain. Di manakah jati diri umat Islam sehingga amat mudah diperkotak katikkan Kuffar ? 

Apa pandangan anda ???

5 comments:

  1. rakyat yg tak berdosa tentunya mati katak, yg lebih malang ialah umat islam, spt juga di irag, khazanah negara islam terus dimanipulate oleh bukan islam dan inilah tujuan sebenar mereka, jika islam memilik pemimpin ber-i-q tinggi, bijak, beramanah, bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara, tentunya hal2 begini terhindar, sebab Allah tentunya memehak kepada pemimpin yg memehak kepadaNya. tetapi ini terjadi, kerana rata2 pemimpin yg ada kat negara bermajoriti Islam, terdiri daripada mereka yang tamak kuasa, mementingkan diri dan anak pinak, agama sekadar sekadar anutan, tetapi al-quran jarang dijadikan landasan dalam mentadbirurus negara. Inilah akbibatnya, Memang telah berfirman, jika pemimpin bukan dikalangan mereka yg berhak menjadi pemimpin maka nantikanlah azabKu.
    dah 41 tahun merdeka, apakah yang dikehendaki oleh gadaffi,

    ReplyDelete
  2. Independent Malay20 March 2011 at 18:08

    As-Salam sdra,saya setuju dgn anon diatas,hampir semua ketua2 negara yg dikatakan Islam berkelakuan sama dlm ungkapan'might is right'.Tiada bezanya dgn ketua2 negara barat,& ketua negara kita ini sendiri.Pada pandangan saya jauh sekali nak dikatakan armageddon(ini hanya akan berlaku di Jerusalem/Palestin).Kita diingatkan olih Al-Quran & Hadith Rasullullah SAW bahawa masa akhir zaman ini akan tiba & Islam akan menang.Sama2lah kita meningkatkan takwa,mengamalkan sepenuhnya ajaran Rasullullah & melawan kezaliman & kemungkaran dimana2 sahaja.'Amal Maaruf Nahi Mungkar'adalah intipatinya kehidupan ini.Segala sesuatu walau sebiji zarah pun adalah dlm pengetahuan yg Maha ESA.Wassalamualaikum

    ReplyDelete
  3. lobai joram pergai..21 March 2011 at 00:44

    Salam..
    Kini pak2 Arab dh x ble nk marah sbb asyik sendawa makan MC'D malah sokong lg dasar luar Amerika dan sekutu2nya..
    Apabila dua golongan Muslim bersengketa,damaikan mereka dgn mengajak mereka kembali kpd Al-Quran..
    Dh Liga Arab pun buat derk jaga perut masing2,jaga kepentingan Jiran2 yg sama2 kaya,maka si Kuffar mengambil kesempatan dgn Alasan pembebasan rakyat..
    Yg sebenarnya punca kesalahan ini harus dipikul oleh Mu'amar Ghadafi yg terlalu degil dan keras kepala serta negara2 Islam yg lbh kpd anggapan "itu masalah politik diorang,kita x de kena-mengena"..
    Lihatlah harga yg perlu dibayar dgn nyawa saudara seagama yg tekorban angkara campurtangan kuasa Kuffar..
    Sekarang siapa yg harus menjawab semua persoalan ini dihadapan Allah s.w.t nanti..
    Sy sama sekali tidah redha kita menghalalkan pembunuhan ini krn antara Islam dan Kuffar,kita harus pilih Islam yg akan menyelesikan permasalahan ini dan bukan menyerahkan tanggungjawab itu kpd para serigala yg menunggu peluang dgn alasan yg sudah terhidang..
    Benarlah spt Hadith Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman akan menyaksikan pembunuhan saudara2 mereka disekeliling mereka sedang mereka itu ramai..
    Ramai mereka itu hanyalah seumpama buih2 yg tidak mampu berbuat apa..

    ReplyDelete
  4. syukran anon,Independent Malay dan Lebai Joram Pergai,

    Terima kasih kerna sudi memberikan pandangan dalam isu ini. Memang betul apa saudara-saudara katakan. Taktik mereka iaitu kuasai pemimpin dahulu, kemudian rakyatnya kemudian barulah kuasai negara.

    Hasilnya, kini Libya sekali lagi diambang peperangan.

    ReplyDelete
  5. You could definitely see your enthusiasm within the work you write.
    The sector hopes for more passionate writers like you who aren't afraid to mention how they believe. At all times follow your heart.

    my homepage ... christmas email templates

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN