FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 5 January 2011

PAS-UMNO Menuju Kerajaan Perpaduan ???


Setelah bermacam-macam konflik yang telah berlaku dalam PKR pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai cerita kurang enak daripada rakan DAP yang diterajui oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh, adakah benar PAS sudah hilang kepercayaan kepada rakan Pakatan Rakyat ini ???


Satu demi satu konflik dan musibah menimpa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat ini, namun parti PAS tidak pula ditimpa musibah dan konflik besar seperti yang dialami rakan-rakan mereka ini. Saya percaya sistem siasah yang berasaskan syura' berterasan syariah Islam yang dibawa oleh PAS inilah yang telah menyebabkan bai'ah ahli-ahli PAS tetap utuh dan teguh di belakang PAS walau apa pun konflik yang melanda.


Jika kita melihat sejarah penubuhan PAS dan UMNO, kita dapat melihat bahawa parti ini diasaskan oleh orang yang sama. Kembalilah kepada sejarah. Para ulama' yang turut serta dalam perjanjian penubuhan UMNO inilah yang bertindak keluar UMNO dan menubuhkan PAS. Jadi kita boleh simpulkan parti ini diasaskan oleh individu yang sama. Saya melihat kemungkinan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin semakin bimbang dengan sisitem politik orang Melayu Islam di Malaysia, kerana itulah baginda mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan kedua-dua parti kerana di Malaysia ini hanya terdapat dua parti yang benar-benar kukuh yang telah megah berdiri di Malaysia sejak zaman awal kemerdekaan lagi.


Tiada siapa dapat menafikan pengaruh yang dimiliki oleh UMNO dan PAS ini dalam mencorak suasana politik tanah air. Tanpa UMNO saya percaya Barisan Nasional tidak dapat bernafas. Tanpa PAS juga PKR dan DAP lemas dalam lautan politik mereka sendiri. Tidak akan dapat memerintah Pulau Pinang dan Selangor. Mustahil !!!


Walau apa pun yang dibincangkan sebenarnya dan walau apa pun agenda pertemuan tertutup ini, saya berharap PAS tetap utuh dalam persada politik tanah air dan terus memperjuangkan Islam tulen. Jika tetap bersama Pakatan Rakyat, biarlah kita yang menjadi ketua dan bukannya hanya dilihat sekadar menumpang kerana kerana PAS lah, PKR dan DAP menang banyak kerusi di Parlimen.


Jika ditakdirkan bergabung dengan UMNO, biarlah kita juga yang mencorak gabungan baru itu dengan dasar-dasar Islam dan UMNO patut menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi negara. Kerana saya percaya ramai juga ulama' dalam UMNO ini pun mahukan hal yang sedemikian cuma suara mereka seakan-akan tersekat.


Jika dalam gabungan PR, kita lemas dalam konflik dan ketidaksefahaman antara DAP dan PKR, dan jika UMNO tetap tidak menerima dasar-dasar Islam yang dibawa PAS, saya sanggup melihat PAS berjuang secara sendirian kerana saya yakin Allah sentiasa akan menolong para pejuang Islam hingga ke akhir zaman.


Jika PAS tetap dengan gabungan PR sekarang inipun saya tetap akan menyokong keputusan ini kerana saya percaya setiap keputusan yang diambil dalam PAS bukannya keputusan individu tetapi keputusan para pemimpin-pemimpin PAS dan Majlis Syura yang saya tahu masing-masing mempunyai visi dan misi untuk menegakkan Islam di Malaysia.  


Di sini saya sertakan berita berkenaan pertemuan pimpinan kedua-dua belah parti :

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Abdul Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.
Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, beliau dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

3 comments:

  1. apalah balik -balik cerita nak kawan dengan umno. Tulislan benda lain spt rais Yatim ke .

    ReplyDelete
  2. link kan blog wa bro.blog lu wa sudah link.tq

    http://malaysiandotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. to Anon : maaf yer...ini hanyalah pendapat saya insan yg faqir ilallah...perkara2 yg kurg pasti sperti berita ttg rais yatim itu sy cuba elakkan kerna masih kekurangan bukti..boleh kpd fitnah...

    to MunafiqinSharpshooter : InsyaAllah...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN