KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.
Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.
Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.
Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.
Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.
(Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.
"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.
Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.
"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.
Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.
Tuesday, 28 September 2010
Saturday, 11 September 2010
Thursday, 9 September 2010
Projek Nyamuk GM : Rakyat Malaysia Jadi Bahan Ujian

Baru-baru ini, akhbar utama Iran iaitu Tehran Times telah melaporkan bahawa Malaysia akan menjalankan pre-test bagi menghalang penyakit denggi dari merebak.
Ujian awal ini dilakukan dengan cara melepaskan 2,000 hingga 3,000 nyamuk jantan berstatus GM (Genetically Modified) dengan tujuan dapat mengatasi potensi nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.
(Genetically Modified – bermaksud sel-sel genetik organisma yang diubahsuai secara saintifik dan tujuan pengubahsuaian adalah mengikut objektif sesuatu penyelidikan)
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nyamuk-nyamuk GM ini dijangka akan dilepaskan pada bulan Oktober atau November 2010 di negeri Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. Namun begitu, cara bagaimana ia dilepaskan dan kawasan khusus tidak dinyatakan.
Menurut kementerian itu lagi, pelepasan ini selaras dengan statistik yang dikeluarkan World Health Organization (WHO) yang menyatakan peratus mangsa jangkitan meningkat setiap tahun dan setakat ini dianggarkan 50 juta orang telah dijangkiti denggi.
Proses Pelepasan Yang Dijangka
Dalam permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadap National Biosafety Board, disebut bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala fasa ke-2 adalah sebaliknya.
IMR menegaskan bahawa nyamuk jantan GM ini direka khusus agar boleh mati dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan bersifat mandul. Apabila ia mengawan bersama nyamuk Aedes betina maka diharapkan telur-telur akan mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes seterusnya.
Maklumat lanjut boleh dilihat di sini
Terdapati beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;
Pertikaian 1 : Lokasi Ujian
- Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.
- Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana disitulah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?
- Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia.
Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM
- Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?
- Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
- Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.
“With GM insect-and in particular GM mosquitoes-we are faced with a number of problem that we have a little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”
“We don’t even know,or have sufficient data on,what the potential harm or negative impacts might be.”
Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.
Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat
- Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.
- Jangka masa tarikh tutup yang singkat iaitu 4 September 2010 adalah sangat mustahil bagi para pemerhati dan pembaca membuat sedikit kajian lapangan dalam menilai cadangan IMR.
Walaupun projek nyamuk GM ini telah bermula sejak 2006 di Malaysia, ia masih lagi dipersoalkan oleh sesetengah pihak khususnya Ketua Pengarah Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (CETDEM), Gurmit Singh. Menurutnya;
“Once you release these GM mosquitoes into the environment, you have no control and it can create more problems than solving them,”
“If the larvae come into contact with the tetracycline, the chances of the larvae surviving is higher than it dying off,”
“We don’t know how the genetic flow will be affected. The non-targeted species might be adversely affected and increase the risk of ecological harm.“
Pandangan Blog Konspirasi
Kami lebih cenderung untuk menyokong kenyataan Gurmit Singh kerana di dalam permohonan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mereka dengan jelas menyatakan ia suatu ‘field experiment’.
Saintis Nyamuk GM
Sebenarnya kerajaan Malaysia telah mengambil teknologi ini dari penyelidikan saintis-saintis Oxitec yang berpengkalan di UK. Penyelidikan diletakkan terus di bawah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seperkara yang harus diingat ialah Oxitec merupakan institut penyelidikan persendirian yang menerima pembiayaan penuh dari 3 orang Yahudi Elit iaitu Bill Gates, Melinda Gates dan Warren Buffet di bawah Gates Foundation. Manakala Bill & Melinda Foundation juga sentiasa berkerjasama dengan Rockefeller Foundation dalam bidang-bidang tertentu.
Bantahan Dari Rakyat
Walaupun ia suatu projek yang masih diperingkat pra-matang, namun IMR telah meminta pandangan orang ramai untuk diajukan kepada mereka. Tarikh tutup adalah 4 September 2010.
Kami menyarankan kepada semua pembaca-pembaca khususnya penduduk Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka mendesak pihak berwajib (emel atau surat) mengubah kawasan ujian ke kawasan lain. Atau lebih baik kawasan Presint 4, Putrajaya dijadikan ujian.
Walaupun ia sudah agak lewat, tetapi desakan melalui emel yang bertalu-talu kemungkinan besar akan menarik sedikit perhatian dari Biosaftey Board.
Hantar surat atau emel kepada;
Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.
E-mel: biosafety@nre.gov.my.
No. Faks: 03-88904935.
P/S : Blog ini tidak menentang sebarang usaha kerajaan Malaysia menghapuskan denggi, ia cuma mempersoalkan bagaimana sesuatu usaha itu dilakukan dan apakah jaminan keselamatan jangka panjang untuk kesihatan rakyat.
Sumber : teambongkar
Labels:
Fakta,
Isu Semasa,
Konspirasi,
PAS,
Pendedahan,
UMNO
Sunday, 5 September 2010
Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3
| Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan. Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita. Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010. "Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik."Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut. "Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi. Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam . Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini. "Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya. Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam. Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3. |
Labels:
Artis,
Fakta,
Islamik,
Isu Semasa,
Konspirasi,
Misteri,
Pendedahan
Thursday, 2 September 2010
Syukran Lakum Semua : Semoga Dilimpahkan Rahmat di Bulan Barakah Ini
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana follower blog ini telah mencapai 100 orang dan ketika saya menulis ketika ini, telah bertambah menjadi 101 orang.
Tidaklah saya menulis di blog ini kerana inginkan kepopularan di alam maya namun hanya sekadar luahan perasaan, coretan ilmu yang hanya secubit saya miliki yang ingin dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai. Namun, masih ada insan yang menghargai penulisan-penulisan saya yang tidak seberapa ini.
Dan, saya mengucapkan bebanyak terima kasih dan salam sayang daripada saya kepada saudara dan saudari semua yang telah mengunjungi dan mengikut blog ini. Semoga keberkatan ramadhan yang Allah janjikan akan dikurniakan kepada kita sepanjang kita menyokong secebis usaha dakwah yang disebarkan melalui alam maya.
SYUKRAN LAKUM SEMUA !!!
InsyaAllah, saya akan sentiasa mengemaskini blog ini walaupun pada waktu sekarang saya amat dikekang dengan batasan waktu yang amat sibuk dan padat.
Akhir kata, semoga kita semua dipertemukan dengan malam seribu bulan pada sepuluh malam terakhir di dalam bulan Ramadhan ini...Rajin-rajin la yer perbanyakkan ibadat dan bangunlah pada akhir malam untuk merebut janji Allah.
Wallualam.
Tidaklah saya menulis di blog ini kerana inginkan kepopularan di alam maya namun hanya sekadar luahan perasaan, coretan ilmu yang hanya secubit saya miliki yang ingin dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai. Namun, masih ada insan yang menghargai penulisan-penulisan saya yang tidak seberapa ini.
Dan, saya mengucapkan bebanyak terima kasih dan salam sayang daripada saya kepada saudara dan saudari semua yang telah mengunjungi dan mengikut blog ini. Semoga keberkatan ramadhan yang Allah janjikan akan dikurniakan kepada kita sepanjang kita menyokong secebis usaha dakwah yang disebarkan melalui alam maya.
SYUKRAN LAKUM SEMUA !!!
InsyaAllah, saya akan sentiasa mengemaskini blog ini walaupun pada waktu sekarang saya amat dikekang dengan batasan waktu yang amat sibuk dan padat.
Akhir kata, semoga kita semua dipertemukan dengan malam seribu bulan pada sepuluh malam terakhir di dalam bulan Ramadhan ini...Rajin-rajin la yer perbanyakkan ibadat dan bangunlah pada akhir malam untuk merebut janji Allah.
Wallualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN
-
Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahas...
-
Kita bongkar peperangan yang Maha Dasyat yang telah berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu punca m...
-
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istan...
-
Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku...
-
Facebook Cover-Freedom For Syria Ramai yang tertanya-tanya serta masih kabur isu sebenar yang berlaku di Syria. Apa sebenarnya yang b...
-
Satu dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejar...
-
Ramai golongan UMNO, pemerhati atas pagar dan geng-geng agamawan khususnya yang tidak bersetuju dengan penganjuran program Himpunan Kebangk...
-
Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS...
-
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak ac...
-
Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Tajuk ini sudah...
ARTIKEL POPULAR BULANAN
-
Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku...
-
1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik....
-
Sebelum saya terangkan kepalsuan dan keeditan video tersebut, jom kita tengok dulu. Lepas tu, kalau korang nak gelak guling2 pun takpa oleh...
-
Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan ...
-
Perpustakaan Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah 'khazanah tersembunyi Islam' yang mana ian...
-
BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh ker...
-
Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahas...
-
Inilah kerja UMNO/BN. Sekali lagi Institusi Polis diperkudakan, dicabul oleh mereka. Jelas campurtangan ahli politik dalam setiap tindak...
-
Di sini saya sertakan poster grafik terbaik ciptaan "Pejuang-pejuang Rakyat" dari seluruh negara. Kredit kepada semua designer2 t...
-
Shahidan Kassim dan puak-puak UMNO/BN Perlis dah mula goyang selepas satu lagi video dibongkarkan oleh Pakatan Rakyat Perlis. Tak lupa ju...




"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.