FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 12 August 2010

Salam Ramadhan Kepada Semua



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga kita menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in serta kepada seluruh umat islam sehingga hari kiamat kelak.

Sekali lagi, kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t kerana dipilih oleh-Nya untuk menjadi tetamu pada bulan yang mulia ini. Semoga kita mendapat rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah sepanjang bulan Ramadhan ini dan akan keluar daripada bulan ini dengan penuh ketaqwaan kepada-Nya. InsyaAllah.

Di sini saya ada beberapa rangkap pantun yang ditujukan khas kepada pengunjung-pengunjung blog saya. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua...

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yang Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN