FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 28 December 2010

Piala Suzuki: Keraguan aspek keselamatan tak jadi halangan

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Meskipun ada keraguan berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta hari ini, bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

"Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong negara agar senantiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN