FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 22 November 2010

PKR Bergolak : PAS Terus Utuh ???





Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. 

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.



Pendapatku :


Tuduh menuduh telah menjadi permainan dalam politik PKR kini. Jelas, hal yang demikian dapat menjejaskan Pakatan Rakyat. Saya pun dah naik muak dengan pelbagai kecelaruan dalam PKR ni, justeru parti komponen Pakatan Rakyat perlu masuk campur terutamanya PAS. 


Jika benar pula ura-ura yang mana mengatakan Dato' Zaid Ibrahim nak tubuh satu parti baru maka saya melihat hal ini boleh menjejaskan sistem politik masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang kini telahpun berpecah kepada tiga. Apa-apa pun hanya satu parti di hati saya, Parti Islam Semalaysia.


Semoga parti yang benar-benar memperjuangkan kedaulatan Islam ini terus utuh walaupun kini dilihat tersepit di tengah-tengah pelbagai krisis dan masalah yang berpunca daripada parti-parti lain. Amin.

2 comments:

  1. PAS akan senantiasa hidup dlm perjuangan kerna segalanya ALLAH di dahulukan.

    ReplyDelete
  2. syukran tipon...

    Pada saya cara PAS menyertai siasah syar'iahnya adalah amat mirip sekali dengan corak politik dan dakwah yang digunakan oleh parti-parti politik Islam luar negara seperti HAMAS dan Ikwanul Muslimin...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN