FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 10 August 2010

Tun Dr Mahathir Perlekeh Islam ???

Saya masih ingat pada tahun lepas, pernah terbit satu artikel dalam sudut rencana kalau tidak silap saya dalam akhbar Utusan Malaysia. Beliau ditemuramah oleh wartawan akhbar perdana itu berkenaan isu negara haram Israel. Dalam sesi temuramah itu beliau ada mengatakan dengan nada yang sangat yakin bahawa Islam tidak akan dapat mengalahkan negara regim zionis itu sampai bila-bila pun. Ini kerana negara-negara Islam seluruh dunia tidak akan pernah mempunyai kekuatan itu. Beliau mengatakan realiti Islam dapat menewaskan regim ini adalah teramat-amat mustahil.

Ketika saya membaca kenyataan-kenyataan beliau dalam akhbar itu, saya amat berhati-hati dalam mentafsirkan setiap butir-butir kenyataan beliau. Namun semakin saya teliti, semakin jelas yang mana seakan-akan Tun sangat-sangatlah tidak percayakan hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan kebangkitan Islam akhir zaman dan kemenangan Islam pada akhir zaman yang akan dipimpin oleh Khulafa' Rasyidin serta mujaddid terakhir iaitu Imam Al Mahdi r.a.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
|Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.|

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.
|Hadith riwayat At-Tabarani.|

Para jumhur ulama' Ahli Sunah Wal Jamaah telah bersepakat bahawasanya wajib hukumnya mempercayai dan beriman akan kemunculan Imam Al Mahdi ini kerana hadis-hadis yang meriwayatkan tentang perkara ini telah mencapai tahap hadis mutawatir.Selain itu, masih ada lagi banyak hadis yang tidak saya sebutkan disini berkenaan dengan kemenangan umat islam dan kemunculan Imam Al Mahdi yang akan merampas kembali bumi Palestin daripada rejim zionis.



Walaupun saya tabik 'spring' kepada beliau berkenaan isu-isu berkaitan dengan penindasan umat Palestin dan kelantangan beliau kepada rejim zionis di peringkat antarabangsa namun beliau nampaknya masih lagi ragu-ragu dengan pertolongan dan janji Allah yang sememangnya pasti akan berlaku.

Kini, sekali lagi beliau seakan-akan memperlekehkan agama Islam dengan kenyataan terbaru beliau. Mahathir berkata umat Islam tak perlulah belajar agama secara mendalam, belajar asas-asas cukuplah.

"Kalau 1.6 billion umat Islam di dunia ini pandai agama dan kesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadi kerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islam mana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni dan Syiah."

Mahathir ini orang pandai tetapi Mahathir tidak begitu berminat pada Islam. Mahathir tidak melihat permasalahan yang berlaku sekarang atau Islam lemah kerana bukannya tidak mengamal ajaran Islam sebenar tetapi kerana tidak mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Walaupun tidak semua tetapi kalau ada sekumpulan orang yang dapat kuasai ilmu teknologi dan sains pertahanan, ini sudah memadai untuk menyelamatkan satu masyarakat Islam seperti di Bosnia (Herzegovina) sebelum ini," katanya.

Mahathir menggalakkan semuanya menguasai ilmu sains dan teknologi, paling tidak ada sekumpulan tertentu yang menguasainya. Tentang Islam tak perlulah semuanya belajar secara mendalam, tetapi sains dan teknologi kalau boleh semuanya mendalaminya. Adakah ini menunjukkan Mahathir berminat dengan Islam ?

Nauzubillah. Memang saya amat setuju dengan kenyataan beliau yang mana umat Islam perlu mendalami ilmu sains dan teknologi namun kenyataan beliau berkenaan Ilmu Agama teramatlah saya tidak setuju. Jumhur ulama' telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya seseorang Muslim itu wajib belajar dan benar benar memahami akan ilmu agama iaitu Aqidah, Feqah dan Tasawuf.

Sebetulnya seseorang Muslim itu tidak akan berjaya jika hanya pakar dalam bidang sains dan teknologi sahaja dengan penghayatan dalam ilmu agama pula hampeh. Kita boleh melihat sahaja keadaan umat pada masa kini. Ramai yang berjawatan besar-besar, gaji besar-besar namun solat tinggal, judi sana-sini, arak bertaburan, rasuah berleluasa dan banyak lagi. Ini semua berlaku kerana kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan Islam dan penghayatan terhadapnya.

Kesimpulannya, setiap individu Muslim perlu benar-benar mendalami ilmu agama barulah boleh disesuaikan dengan ilmu sains dan teknologi. Ingatlah janji Allah bahawasanya sesiapa yang menolong agamanya Allah akan sentiasa menolongnya dalam kehidupan. 
Tun Dr Mahathir Mohamad, akalmu sangat pintar, visimu amat jauh serta mempunyai wawasan  yang tinggi namun ingatlah setiap misi dan visi itu mestilah berlandaskan dengan wahyu yang telahpun diturunkan kepada umat Islam. Saya menasihati diri saya, diri Tun serta seluruh umat Islam agar  sentiasalah mendalamilah ilmu agama itu dan dalamilah juga ilmu sains dan teknologi.  

Jika ilmu sains dan teknologi itu lebih kau fahami daripada Ilmu agamamu sendiri maka ingatlah setiap langkah perjalanan kamu di muka bumi ini sesekali tidak akan mendapat pertolongan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.




10 comments:

  1. salam sahabat
    saya setuju dgn sahabat.
    saya memerhatikan gelagat TDM ni dari dahulu lg.banyak kenyataan beliau berkaitan Islam, menimbulkan rasa kurang senang ahli agama.kerana pendapat beliau bersandar dgn akal semata2.kita tidak nafikan pembangunan material/lahiriah sepanjang 23 pemerintahan beliau ttp pembangunan rohani sering dipandang enteng @ bersifat komestik(janji ada shj).berkenaan isu palestin pula,ucapannya/pendiriannya tidak tetap.kata2 pedas ttp tindakannya ?
    rata2 masyarakat yg terdoktrin dgn fahamannya.takut utk menegur,seolah2 apa yg diucapkan beliau semua betul dan perlu diikuti tanpa soal.dia keluar umno,org boleh terima,dia kutuk umno org boleh terima(lepas tu masuk balik-ugutan),dia suruh pak lah letak jawatan org sokong.padahal dia yg beria-ria memilih pak lah sbg penggantinya.dia kata rasuah dlm umno busuk sampai ke usus.org umno menikus tanpa bantahan.cuba org umno lain gg begitu,pasti dianggap pendehaka,tidak mengenang budi,mudah lupa dsb.kalau dia semua boleh umpama umno itu dia,dia itu umno.
    -maaf jika ulasan ini bersifat emosional

    ReplyDelete
  2. syukran Pacifist...

    tidak ada apa2 dengan ulasan anda walaupun agak emosional kerana perkara ini sememangnya realiti....sejak dulu lagi..

    semua yang saudara katakan adalah benar...
    semoga Allah memelihara beliau dan seluruh rakyat malaysia termasuklah kita semua agar diberkati dalam setiap tindakan dan urusan seharian kita.

    Bukakanlah pintu hati kami agar dekat dengan-Mu sentiasa dan tetap di jalan yang benar. Amin...

    ReplyDelete
  3. Dr Mahathir is the worst thing that has happened to this country. He continues to spew venom. Why? All he cares about is himself, his family, his relatives, his friends and his cronies.

    It doesn’t require a PhD to analyze the reasons why many malays are still poor for the new economy in spite of the NEP and all we hear – the true reason for the failure of the malays are MAHATHIR MAHATHIR MAHATHIR……….and nothing else.

    Mahathir biggest achievements are not the white elephant KLIA, the robber highways, the meaningless Twin Towers, ghost town Putrajaya, failed MSC, sweat shop factories run with foreign labour, etc.

    His true achievements are the destruction of good governance, law and order, quality education, religious brotherhood, peace and harmony.

    ReplyDelete
  4. UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

    This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

    ReplyDelete
  5. Malaysia has the misfortune of being ruled by Muslims, hence their intolerant attitude to you non-malays.

    It was the Chinese and Indian minorities that have begun to lift Malaysia out of third world poverty, and those malay bastards should be grateful to them for this but like I said before, that is too much to ask from a Muslim.

    Malaysia is a xenophobic country – the bitter truth is that malays are afraid of competition from other races – they are indeed lazy and want everything for free.

    If Malaysia is to divide into two countries with malays taking the east and the west to the Chinese and Indians – watch the malays starting to migrate to the west illegally for a better future.

    It is no wonder Singapore is a country which is 50 years ahead of Malaysia. Malays are fool racists indeed.

    The writer should know that most of non-malay community realised what the government have done to them is unforgiven.

    If we still depending on government we won’t be in top position in overseas, for example (60% in NASA is Indians), two-thirds of the community of practicing doctors in Singapore is Malaysian Chinese.

    We (non-malay community) have been proven our intelligence around the world but not in Malaysia. So what we have to do just emigrate or use Malaysia as an investment base.

    Actually we (non-malays) should know that government will never change their policies unless there is a ‘protest’, here we don’t do that – that is the problem, anything the government says we just simply raise the Barisan flag.

    It will be good idea if we emigrate, like one say in English, ‘Where is a will, there is a way.’

    But always remember the ‘will’ for non-malays is not in Malaysia.

    ReplyDelete
  6. That is why malay is the most arrogant, corrupted, racist and terrorist race in the world. To the world population, malay is only a minority. And yet, still keep on talking about Islam, Muslim, Syariah law. Shame on you!

    ReplyDelete
  7. Well, UMNO managed to achieve one thing. The BTN-type morons, have been overwhelmingly successful in brainwashing todays 27 million citizens.

    Who says that the peninsular was always called Tanah Melayu? This is a recent British term!

    Tanah Melayu was never the name until the British came and colonized the peninsular.

    Malai means hill in Tamil; as to describe the Titiwangsa range on the said peninsular since the 2nd century by the Gujerati traders who set up their formidable Hindu empire at Lembah Bujang.

    ReplyDelete
  8. If only the malays are a bit smarter, then BN won’t win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don’t know what poison BN gave to make them in this state.

    ReplyDelete
  9. Ahakz, dah jadi komen komen mengenai bangsa melayu pulak dah.

    Apa salah pulak dengan Melayu ni sehingga kaum cina dan india tak suka mereka.

    ReplyDelete
  10. Appzak..Untung aku Orang Jawi. Sabarlah orang-orang Melayu, coba aan.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN