FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 23 July 2010

Hanya Gerhana: Yakinlah Dengan Kebangkitan Islam

.palestin jihadHanya gerhana,
begitu pujukku pada jiwa yang lelah
lewat infarksi khilafah Uthmaniyyah.
.
Sedari engkau,
putih pernah lunturkan hitam,
saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
dengan sesuci air di multazam.
Tatkala merentap Mesir, Syria dari tangan Romawi,
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
bermandi darah, keringat dan air mata
agar nur islam terus menyala,
waima hamasah Crusader dan Monggol
tiada henti menghembus bara yang hampir padam.
,
Wahai jiwa yang gundah,
biarpun sekarang kita ibarat singa terikat,
kacau, rungsing dengan kealpaan diri
ditipu licik si tikus
biarpun dirantai kemunduran,
dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi,
dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
,
jama-masjid-delhiNamun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung-ganang dan padang pasir kita,
terlimpah kekayaan luar biasa,
sahsiah Islami pantas memugar kembali,
akhlak insan nazak diserang virus westernisasi,
wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
membina bangunan ummah pada satu paksi.
.
Ayuh,
kita tiupkan kembali ‘izzatul Islam.
Saat itu, Tonybee pasti kan terkesima
pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang,
dan Paramashdor kan mengigit jari,
pabila barisan Islam turun dari langit
membenarkan hitungannya!
.





November 3, 2006
Harold’s Cross, Dublin
Tempat Ketiga Sayembara Puisi Islam UK-Ireland 2006
(Antologi puisi Wilayah Cinta, GKLN 2007)

4 comments:

  1. salam sahabat.kebangkitan bermula dalam diri, nyalakan obor agar terus menyala.andai apinya tidak bernyala,baranya usah biar padam...

    ReplyDelete
  2. syukran Pacifist...

    InsyaAllah akan ku tanamkan semangat itu di dalam diri ini...

    ;}

    ReplyDelete
  3. Selagi manusia meninggalkan tuhan dan tidak beriman kpd kitabnya, selagi itulah tiada kehebatan di kurniakan tuhan kpd manusia malah mendpt laknat dan bala. Ana Al Dayana Anada Allaha, Al Asalama. (Sesungguhnya Agama Di Sisi Allaha, Asalama) Betulkan al quran yg dirosakkan bangsa arab munafik itu baru dpt kebenaran.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN