FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 20 April 2010

Jangan Cabar Tujuh Wasiat

Segala puji diangkat ke hadrat Allah SWT. Hamba-Mu ini menzahirkan kalimah kesyukuran atas limpah rahmat dari-Mu Ya Allah yang telah membolehkan hamba-Mu sekali lagi menyambut hari ulang tahun keputeraan dalam keafiatan dan terus bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam suasana negeri yang aman lagi sejahtera serta terlindung daripada malapetaka dan bencana. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan para sahabat baginda, seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama.

Penzahiran kesetiaan oleh Paduka Anakanda Raja Muda, demikian juga ikrar taat setia yang dilafazkan oleh Mamanda Menteri Besar membuktikan terjalinnya kerukunan hubungan di antara takhta dengan para pembesar negeri dan rakyat jelata. Pengucapan tersebut beta tafsirkan sebagai lafaz kesetiaan terhadap institusi Raja Pemerintah kepada sebuah kerajaan.

Seseorang Sultan adalah batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi untuk memenuhi tanggungjawab tertentu. Yang penting dipertahankan adalah institusi pemerintahan di bumi ini yang telah diwarisi sejak zaman berzaman, institusi pemerintahan yang mempunyai akar sejarah lalu menentukan rupa bentuk dan memberikan wajah kepada budaya berkerajaan dan bernegara, berpaksikan prinsip rakyat beraja – negeri bersultan.

Seseorang Raja Pemerintah itu di samping memenuhi peranan tersurat sebagai payung naungan dan lambang perpaduan kepada warga pelbagai kaum, turut mempunyai peranan secara tersirat yang perlu dilaksanakan dengan sabar lagi tabah, penuh berhikmah lagi bijaksana. Apabila negeri dilanda krisis, kearifan Raja Pemerintah sebagai penimbang tara sangat kritikal. Baginda perlu mengimbangkan secara saksama keperluan pelbagai kumpulan warga. Ia menjadi lebih rumit dalam sebuah negeri yang warganya terdiri daripada pelbagai agama, keturunan dan budaya dengan tahap pencapaian sosial dan ekonomi yang masih mempunyai jurang yang ketara.

Raja Pemerintah di bumi ini wajib melihat perspektif yang luas, menghargai salah silah sejarah negara bangsa dan bertanggungjawab tidak menderhakai Tujuh Wasiat yang telah diamanahkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu ketika memberi perkenan menurunkan tanda tangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.


KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.


KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.


KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.


KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.

Formula tersebut yang selama hari ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan. Perbuatan sedemikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.

Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan. Usaha mendapatkan sokongan politik jangan sampai ke peringkat melanggar sempadan dan cuba merombak apa yang telah sekian lama dipersetujui.

Toleransi sesuatu kaum begitu juga kesabaran penganut sesuatu agama ada batasannya. Perkembangan-perkembangan semasa yang sedang berlaku telah menaikkan suhu politik dan sudah mula menimbulkan keresahan pelbagai pihak. Sedarilah bahawa usaha membina sesuatu kejayaan memakan masa yang panjang, sementara melalui tindak tanduk yang kurang bijak, keruntuhan boleh berlaku dalam sekelip mata .

Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah institusi perundangan negara. Dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai dewan yang mulia atau The August House. Ahli kepada dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat atau The Honourable Member of The August House. Amatlah memalukan jika prosiding dewan-dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar lagi kesat. Adalah satu penghinaan kepada dewan-dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa placard mengandungi kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain. Untuk itu, perilaku ahli kepada dewan-dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan dewan-dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat.

Perbuatan memperkecilkan hingga ke peringkat menghina institusi-institusi perundangan dan badan-badan penguatkuasaan undang-undang, adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat. Undang-undang dan institusi perundangan kelihatan hanya diterima dan dihormati apabila keputusan berpihak kepada sesuatu kumpulan.

Di sebaliknya, undang-undang dan institusi perundangan dicerca dan dihina apabila keputusan tidak memihak kepada sesuatu kumpulan. Perasaan kekitaan secara ekstrem telah melahirkan insan-insan yang terlalu taksub kepada kumpulan, lalu bertindak berdasarkan emosi sehingga hilang pemikiran rasional.

Lebih membahayakan, kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa bagai membuka laluan, menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri.

Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya, hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara bangsanya tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar.

Beta menyeru agar warga menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal kurniaan Ilahi demi kepentingan masa hadapan negara-bangsa. Tindak-tanduk yang terlalu dipengaruhi emosi berpandukan nafsu, pada akhirnya akan membawa kerugian besar. Masih banyak agenda untuk membela nasib warga yang perlu dilaksanakan. Warga tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya. Segala sumber tenaga, fikiran dan material perlu ditumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif kepada negara.

Beta hargai sokongan dan persepakatan yang Beta peroleh daripada Paduka Anakanda Raja Muda, Paduka Adinda Raja Di Hilir, kesemua Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar dan ahli Dewan Negara membantu Beta memenuhi peranan seorang Sultan. Beta menzahirkan penghargaan kepada Mamanda Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, anggota kehakiman dan perundangan, anggota perkhidmatan awam, para ulama dan imam-imam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, para penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang telah melaksanakan tanggungjawab serta saling bekerjasama untuk memastikan negeri sentiasa berada dalam keadaan aman lagi stabil serta warga berada dalam suasana selamat lagi sejahtera.

Beta amat mengalu-alukan peranan pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, badan-badan sukan serta warga keseluruhannya yang telah membantu memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh Kerajaan Beta .

Kepada Allah SWT, Beta memohon petunjuk dan panduan. Semoga Allah Subhanahu Wata‘ala sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat, perlindungan dan keselamatan kepada Raja, negeri dan warga. Amin, Ya Rabul Alamin.


~Titah Sultan Azlan Shah~


Ingatlah saudara-saudari sekalian walau di mana pihak sekalipun anda berada dalam parti politik, sebagai rakyat Malaysia, tujuh perkara tersebut jangan disanggah.

11 comments:

  1. menarik... harap2 tuanku sultan memahami dan melaksanakan apa yg di titahkan. Bukan sekadar membaca tetapi mengamalkannya terutama berkenaan wasiat ke 5.

    ReplyDelete
  2. syukran hairan,

    maksud saudara hukum hudud ke ??itu sebenarnya perlu diusulkan oleh pihak kerajaan..dan bila dah disepakati dalam parlimen dan melalui beberapa lagi perbahasan..semestinya Yang Di-pertuan Agong akan meluluskan pelaksanaan hukum hudud dan qisas tu..

    memang tak boleh diletakkan kesalahan tu kat para2 sultan kita..

    ReplyDelete
  3. memang tak boleh rajae melayu dipersalahkan dalam hal ini 100 peratus...

    ReplyDelete
  4. salam sahabat
    jika dilihat wasiat ini,umpama kedudukan kita umat melayu di bumi sendiri dipelihara.ttp adalah kerajaan yg ada menjalan@mempertahankan wasiat yg ada?tidak guna jika hanya gah diatas kertas ttp perlaksaannya amat mendukacitakan.kita sering mengeluh bh kaum lain cuba mengugat kedudukan kita,ttp kita tidak sedar bhw kita yg membenarkannya.kerana ita sendiri yg tidak mengaplikasikan wasiat tersebut.52 thn kita merdeka,kita dipimpin oleh pemimpin melayu!tp hasilnya? mereka inilah yg membenarkan anasir2 jahat bermaharajalela.ttp sebaliknya mereka cuba meletakkan kesalahan pd pihak(melayu) satu lg.sedangkan jika mereka betul mempertahankan wasiat ini sejak dulu,sy rs perkara sebaliknya akan berlaku.tidak kurang juga siri2 pederhakaan kpd raja2 melayu telah mereka lakukan,ttp yg di "highlight" kan adalah siri2 'penderhakaan' yg belaku baru2 ini di perak.biar kita adil dlm menghakimi.semua bergantung kpd keputusan politik,kerana sistem beraja di negara kita hanya simbolik.sy harapkan kesultanan yg benar2 menjaga hal ehwal umat islam kerana mereka adalah ketua agama negeri2!

    ReplyDelete
  5. syukran pacifist,

    betul saya juga agak bersetuju dengan saudara..
    saya berpendapat raja-raja melayu perlu lebih tegas dalam pelaksanaan hukum islam dan perlu lebih 'campur tangan' dalam beberapa perkara berkaitan politik dan pentadbiran Malaysia..

    ReplyDelete
  6. Malay history start from Parameswara who escape from Indonesia and settle in Melaka. During his time, Laksamana Cheng Ho visit Melaka seven times.

    Melaka need the protection of the China from the invasion of the Siamese. Without Cheng Ho, there won't be malay history, instead you have Siam history.

    I pity Malaysian Muslims, you probably are the least free people in this world! Even Indonesian Muslims are allowed to practice apostasy when they become adults!

    ReplyDelete
  7. Part 1 - The origin of pendatang:

    · Malays - come from Indonesia and Yunnan.
    · Chinese - come from China.
    · Indians - come from India.

    Part 2 - Why they come to Malaysia:

    · Malays - easy life, food aplenty around those days, like fish from the river etc.
    · Chinese - looking for a living.
    · Indians - looking for a living and goes back.

    Part 3 - Pendatang's attitude:

    · Malays - the words 'relax la', 'bantuan kerajaan' and 'cukup makan' are their daily words.
    · Chinese - work, work and work but also spend.
    · Indians - work, earn and save but spend little.

    Looking at the mindsets of various pendatang. You tell me is it possible to be one Bangsa Malaysia? Never! For oil will never mix with water.

    If you tell the Chinese to close down Chinese schools, the children will not taught to be hardworking anymore, so they become lazy and can they ask for bantuan kerajaan?

    No! Right? So let the Chinese have more Chinese schools to teach the principle of hardworking, integrity, trustworthy etc, thus others can get more shares.

    Those days the government control the Chinese schools is because of communist. Now where got communist again? Bodoh!

    ReplyDelete
  8. Islam in Malaysia is suppressing humanity, dignity and desire of a normal human being.

    Islam in Malaysia is causing trouble to non-Muslims who goes about their everyday life to do what any other normal human being on earth are doing.

    Islam in Malaysia does not respect traffic law when Muslims can park their cars all over the road and cause inconvenience to everybody.

    Islam in Malaysia does not contribute to the progress of the malay race and any other race in Malaysia.

    Islam felts threaten in Malaysia, when nobody actually gives a damn about them.

    ReplyDelete
  9. Our current malay generation is racist now because they desperately want to hang on to privileges which I frankly believe it slowly causing the malay race to rot away and become a pathetic race on crutches dependent.

    I think that malays are the most stupid idiots on earth – they might have big sized bodies bud in their heads, but they have puny brains.

    Thus coming to the conclusion that they are the most stupid black blocks on earth – they are coloured black and stink like a garbage dump.

    Does malays ever think twice about their religious? What if yours believe is not what you think!

    You malays will rape anybody just for sexual pleasure. You didn't read about the malay who raped his own sister?

    Not only that! They yell 5 times per day and expect to go to heaven! After committing so many sins like steal, rape, killing!

    Malays are so stupid that deserve to be robbed by their own government. They in fact deserve to be raped as well. Maybe we were better off as British rule Malaysia after all.

    Malays are jealous of Chinese, that is why they hate them. Americans are not jealous of Chinese, because they don't need tongkat. They buy a lot of Chinese goods. If they hate, they would have boycott the products. Bodoh!

    Oh! Bodoh! Only blind man needs tongkat.

    If Americans don't hate the malays, why is there so much bad press against Mahathir when he scolded the Americans? You malays are brainless and never read the newspaper. Everyday special rights here and there……….still like your tongkat so much!

    You go to American embassy and see which country now is blacklisted? Did they blacklist Taiwan, Singapore, Hong Kong?

    Even the Japanese look down upon the malays because they are just a bunch of fool, corrupt, lazy person who feed on the Chinese income tax for their existence.

    The malays want to produce as many pig babies as they want, but doesn’t teach them what is honesty, hardworking, civilisation!

    ReplyDelete
  10. The malays do not exist as a unique tribe but are the result of centuries of mix amongst various ethnic groups - migrants from Yunnan, Polynesia, Java, Sumatra, Turkey, Arabia, India, Siam, Cambodia, Laos.

    Once they began to populate the Malayan Peninsula - (which wasn't named for the malay race but derives from the Tamil word for "mountain" - malai) they figured it would be advantageous to claim ownership of the land by dubbing it Tanah Melayu.

    It was mostly a political part of various pirate bloodlines to create their own Promised Land.

    ReplyDelete
  11. thanks a lot for all your comments above...
    ketanjim,miya,vesewe,Boleh and ruyom...

    a thought you are the same person...

    My answers for all your questions are read, read and read all the articles in http://mistisfiles.blogspot.com/

    there were answers,proves and investigations that will make you like a frog under the shell....

    YOU WERE VERY RACIST AND CHAUVINIST !!! if you know that...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN