FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 3 April 2010

Dimana Silapnya Institusi Zakat Dan Baitumal ???

Telah berkata Saidina Umar Al-Khattab : "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu sehingga dia menjadi kaya". Kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.


Zakat (زكاة) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.


Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Kita melihat institusi-institusi zakat negeri masing-masing mendapat kutipan pungutan zakat berlipat-lipat kali ganda saban tahun. Namun, nasib rakyat bawahan atau rakyat kelas ketiga masih tidak berubah. Asyik-asyik muka tu la juga yang pergi terima zakat yang diagih-agihkan. Takder ker yang terima zakat sekali je terus jadi golongan pertengahan(keluar daripada kelompok kemiskinan) ?


Setakat boleh 2-3 ratus sebulan boleh jadi 'kaya' ker ?


Perhatikan riak-riak wajah mereka...Tersenyum gembira mendapat wang yang tak seberapa sedangkan mereka mempunyai hak yang lebih ke atas pungutan hasil-hasil zakat. Yer la, daripada tiada duit...Lebih baik daripada tiada langsung kan...



Jika umat Islam faham dan menunaikan tuntutan itu, ia akan mengurangkan jurang di antara golongan kaya dan miskin.Kini, hasil kutipan zakat yang direkodkan di kebanyakan pusat pungutan zakat negeri kian meningkat.Laporan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) mendapati RM241,966,660.22 zakat dikutip tahun lalu, meningkat 17 peratus berbanding 2008.

Bilangan pembayar zakat tahun lalu meningkat 78,820 orang atau 16.1 peratus tahun lalu berbanding 67,872 pada 2008.Zakat pendapatan kutipan tertinggi, sebanyak RM167,483,687.12 atau 69 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan tahun lalu.
Zakat perniagaan sebanyak RM29,114,257.40 (12 peratus), zakat harta RM25,689,049.19 (11 peratus) dan zakat wang simpanan RM18,373,003.78 (8 peratus).Walaupun jumlah kutipan zakat amat memberangsangkan, masih ada suara-suara sumbang yang mendakwa institusi pusat zakat dan Baitulmal gagal membantu golongan miskin dan asnab.


Sehinggakan seorang ibu tunggal dari Johor sanggup menerima cek bantuan bernilai RM2,000 daripada sebuah gereja bagi menanggung anaknya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi, ini adalah tamparan hebat kepada umat Islam.Wanita malang itu mendapat 'tajaan' selepas hampa kerana usaha mendapat bantuan daripada pejabat agama daerah, pusat zakat negeri dan wakil rakyat di kawasannya ditolak.Anaknya dikatakan dua kali menolak tawaran melanjutkan pelajaran berikutan masalah kewangan.


Justeru, di mana silapnya pusat pungutan zakat negeri dan Baitulmal bagi membantu umat Islam yang daif dan memerlukan sumber kewangan?Melihat daripada angka kutipan zakat, sepatutnya tiada masalah membantu golongan miskin, anak yatim atau mereka yang memerlukan tetapi sebaliknya berlaku.Pengagihan zakat yang sistematik perlu ditekankan bagi mengelak berlaku sebarang bentuk penipuan atau di salah guna.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Berikanlah (melalui sistem zakat) kepada (hamba) segala harta yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kamu." (Surah an-Nisa' ayat 39).


Mengenai soal pengagihan zakat yang sering menimbul tanda tanya masyarakat, beliau berkata perkara itu patut diberi perhatian.Masyarakat tidak boleh dipersalahkan jika mempersoalkan mengenai agihan zakat sedangkan kutipan setiap tahun meningkat berjuta-juta ringgit.Mereka yang bertanggungjawab perlu turun padang selain melakukan kaji selidik keperluan masyarakat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Malah ada yang lebih teruk, kais pagi tak dapat makan pagi, kais petang pun tak dapat makan jugak. MasyaAllah. Yang lebih teruk lagi, tak terdaya untuk kais di waktu pagi hari dan petang, jadi pun tak dapat makan jugak seharian, kebuluran la jawabnya.


Akhir kata penutup tulisan, semoga pihak yang bertanggungjawab dapat memperbetulkan kembali keadaan dan persepsi rakyat umum dengan mengambil tindakan dan usaha yang lebih proaktif.


Wallahualam.

11 comments:

  1. cuba timbangkan kes ni..

    majlis agama islam negeri tawarkan 10 biasiswa setiap thun untuk anak negeri sambung belajar. tapi pegawai pegawai akan hebohkan sesama mereka dahulu, dan agihkan pada famili mereka dulu. kalau ada lebih baru lah diagih pada orang lain.

    ni tak telus namanya. memanglah ahli keluarga mereka mungkin penuhi kriteria, tapi masih ramai yang layak.

    ReplyDelete
  2. masalahnya pada pihak pentadbir yang membuat pengagihan.. rakyat yg beragama islah dah lepas tanggungjawab.. Klu org tu susah ke miskin ke..klu anak dpt masuk IPTA atau IPTS. hanya RM 500.00. tu pun sekali je...pada zamn ni manalah nak cukup untuk org susah yg nak belajar di U.. fikirlah sendiri.. yuran pun dah beribu.. blem persiapan lagi...kesian kat Malaysia ni ..perkara ni masih tak lagi selesai..

    ReplyDelete
  3. syukran Sophon Charoenpura,

    tu dah memang sah la kronisme.saya memang bersetuju sesetengah daripada kita nie asal nak mintak pe2 je, mesti guna 'orang dalam'...

    pasal hal ni,memang saya tak nafikan..bahkan ada mak saudara saya sendiri yg fikir hanya cara tu je boleh 'cari makan'.Astarghfirullah...

    semoga Allah jauhkan kita semua dan memberi petunjuk kepada kita semua.

    ReplyDelete
  4. syukran anon di atas,

    kenyataan saudara tu memang saya sokong 100%..
    macamana la kita nak cari pemimpin dan pengurus zakat yang benar2 sanggup berkorban untuk rakyat...

    Semoga Allah lahirkan Umar Al-Khattab @ Umar Ab Aziz kedua di bumi Malaysia...

    ReplyDelete
  5. Kes kronisme dalam pembahagian zakat pernah dikaji seorang student PhD, melibatkan pengurusan zakat negeri Perlis.

    Seorang amil ditauliahkan mengutip zakat di kawasannya di Perlis. Amil merupakan asnaf, tidak dinafikan dia juga layak menerima sebahagian sumbangan zakat itu untuk dirinya.

    Anak beliau melanjutkan pelajaran ke universiti. Beliau juga memberi sebahagian zakat itu pada anak sendiri, atas alasan anak beliau adalah asnaf (fi sabil).

    Apabila diselidik, amil tadi adalah orang paling kaya dang berkemampuan di kawasannya dan miliki harta yang banyak. Kalau ikut logik, memang dia tidak perlukan zakat untuk biayai pengajian anaknya.

    Itu persoalannya. Adakah suatu tindakan beretika untuk 'memakan' duit zakat, sedangkan beliau sendiri seoramg yang berkemampuan?

    ReplyDelete
  6. heran ye manusia ni , tidak tahu atau tidak faham langsung tentang amanah , atau pura pura tak tahu atau mereka semua ni seolah olah tidak merasakan yg allah itu maha melihat...bila saya baca semua termasuk comment comment , yg hanya saya lakukan hanyalah " sigh"....nauzubillahminzaliq

    anis

    ReplyDelete
  7. Satu info yang sahih Majlis Agama Islam keluarkan projek membina rumah rakyat miskin berharga 28k untuk 1 daerah,bulan april ni ada 11 buah.itu untuk satu daerah kalau satu negeri ,kira sendiri.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih tuan blog,,,topik ni menarik utk dibincangkan. ana nampak antara masalah yg sudah menjadi kebiasaan mana2 intitusi zakat negeri ialah; (MENGGUNANKAN WANG ZAKAT UNTUK MEMBINA BANGUNAN SEKOLAH, BAGUNAN PENTADBIRAN, RUMAH DAN LAIN2)

    sedangkan asnaf yang 8 itu hanya selayaknya ditafsirkan secara zahir tanpa perlu kepada ijtihad dan tafsiran lain yang boleh menyebabkan masalah.

    ianya juga menyebabkan matlamat dan maqsod kpd zakat itu tidak sampai kepada yg sewajarnya. masih banyak reformasi diperlukan dalam pengurusan zakat setiap negeri.

    ReplyDelete
  9. syukran sekali lagi Sophon,

    Situasi itu memang berlaku kat mana-mana negeri pun..dia bagi anak dia atau saudara-saudara dia duit zakat tu sedangkan dia sudahpun berkemampuan.

    Memangla 'fisabil' namun adakah betul tindakannya mendahulukan anak dia yang sememangnya berkemampuan sedangkan masih ramai rakyat jelata yang hidup kebuluran,atap bocor, rumah bertampal, kayu pulak bila-bila masa je boleh runtuh...

    Apa-apa pun saya amat bersetuju dengan pandangan saudara..

    ReplyDelete
  10. syukran anis,

    memang menghairankan lagi menjelikkan.. disebabkan tindakan sesetengah individu dalam institusi zakat ini menyebabkan beribu-ribu rakyat hidup dalam kepapaan dan kefakiran...
    na'uzubillah...

    syukran anon,

    Info yang bermanfaat...memang saya sokong seratus peratus pembinaan rumah untuk rakyat termiskin ini..Namun, masih ada satu perkara yang saya persoalkan.

    Kenapa hanya sebelas buah rumah dalam satu daerah? Memang sebetulnya hanya ada sebelas keluarga yang 'termiskin' dalam daerah tu? Habis tu kenapa jika pengagihan zakat diadakan di satu-satu daerah, jumlah penerima zakat yang datang hampir mencecah seribu orang ?

    Satu lagi, saya juga mendapat info yang sesetengah atau mungkin semua rumah perlu dibayar secara beransur-ansur oleh penerimanya.
    Saya tidak berapa pasti tentang info ini. Namun jika benar, mampukah keluarga termiskin ini membayarnya secara bulanan ??

    Satu kemusykilan, jawapan diperlukan !!!

    ReplyDelete
  11. syukran DAKWAHYEOP,

    Sememang saya tidak mengatakan membina bangunan-bangunan kerajaan dan lain-lain itu satu kesalahan. Soalnya di sini adalah yang mana perlu diutamakan ???

    Orang kat hujung kampung yang bagai nak mati kebuluran ke atau bangunan-bangunan yang tidak berapa penting fungsinya lebih-lebih lagi yang dibina atas dasar keuntungan semata-mata ?

    Soal perkara ijtihad dan tafsiran asnaf tu pula saya tidak berapa pasti tentangnya. Adakah perlu ijtihad baru oleh para ulama' ataupun tidak.

    Namun, kita juga perlu berfikir zaman sudah banyak berubah. Walaubagaimanapun,bab-bab ijtihad dan tafsiran ini, saya serahkan kepada para ulama' ataupun Majlis Fatwa Kebangsaan untuk putuskan.

    Akhirul kalam, jazakallahu khairan kathira ya akhi...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN