FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 14 March 2010

Pemalsuan Sejarah Pulau Pinang : Salah Siapa ???

IMEJ budi dan jiwa Melayu terserlah dan tersebar luas di serata dunia bagaikan menyuluh dalam terang kecuali di Pulau Pinang. Pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kepada Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia adalah satu pemalsuan sejarah. Ia memadamkan alam Melayu dan Islam itu sendiri di sebuah rantau yang dulunya sebahagian daripada Kesultanan Kedah.

 

Batu Uban dan Tanjong Tokong juga warisan sejarah Melayu dan negara. Kedua-dua penempatan ini adalah manifestasi sejarah hidup alam Melayu. Kedua-dua penempatan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membangunkan Tanjung dan menyumbang kepada warna kehidupan ekonomi dan budaya Georgetown itu sendiri. 

Antara mereka yang berasal dari sekitar Batu Uban dan Jelutong (juga sebuah penempatan Melayu awal) ialah Syed Mohamad Alatas. Alatas Mansion yang terletak di Armenian Street memuatkan Muzium Islam Pulau Pinang (muzium haji) pernah dimiliki Syed Mohamad, yang pada lewat abad ke-19 terbabit dalam pergerakan antipenjajahan Belanda dalam alam Melayu.

Seorang lagi yang terkenal di Pulau Pinang pada satu masa dulu ialah Syeikh Aziz Yamani, yang pernah memiliki sebuah rumah warisan di Hutton Lane yang akan menempatkan Muzium Melayu. Syeikh Aziz berasal dari Jelutong, dan Batu Uban. Kedua-dua adalah keturunan Melayu-Islam awal yang menerokai Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris.

Kita agak sangsi apakah Unesco dimaklumkan kewujudan alam Melayu Pulau Pinang ketika menilai tapak warisan Lebuh Acheen-Armenia dan kawasan sekitarnya? Ini bukan soal fakta. Fakta dan maklumat sudah wujud. Ini bukan soal bukti. Cuma bukti sejarah itu dipinggirkan. Ini soal representasi – paparan dan bagaimana Melayu ditonjolkan (atau tidak) dalam sejarah Pulau Pinang, sejarah negara dan sejarah dunia.

Orang Melayu awal Pulau Pinang biasanya disebut sebagai gerombolan nelayan yang singgah atau disebut bahawa mereka datang dari Kedah. Paparan itupun salah. Mereka memang orang Kedah. Dalam brosur American Express – Penang Heritage Trail. Rujukan kepada Melayu di pulau ini dibuat di bawah bahagian ‘200 Years of Multicultural History’.

Perenggan pertama ditulis seperti berikut: Penang was part of the Sultanate of Kedah until Captain Francis Light established the British trading post... Light first landed in 1786. He supposedly encouraged the local inhabitants to clear the ironbwood trees by firing coins out of the cannon into the forested swamp.

(Terjemahan: Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kesultanan Kedah sehingga Kapten Francis Light menubuhkan pusat perdagangan British. Light mula mendarat pada 1786. Beliau kononnya menggalakkan penduduk tempatan menebang pokok cengal dengan menembak meriam menggunakan wang syiling ke atas kawasan hutan paya itu).

Daripada petikan itu, kita lihat percanggahan yang amat nyata. Jika sudah ada penduduk tempatan (sumbernya daripada tulisan dan catatan Light sendiri) sebelum datangnya Francis Light, maka sudah tentu pada logik dan pemikiran rasional kita, adanya sejarah dan warisan penduduk tempatan Melayu-Islam juga.

Sejarah Pulau Pinang bermula lebih lama daripada 1786. Apakah Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786 disebut sebagai ‘a band of natives’ saja yang tiada sejarah? Jelas, banyak penulisan/catatan seperti itu dan dalam buku ilmiah mempamerkan satu penghinaan kepada Melayu dalam sejarah Pulau Pinang.

Sesi Pengisahan Melayu di Pulau Pinang, sebahagian daripada The Penang Story 2002, serta beberapa kertas kerja menyentuh asal usul Melayu Pulau Pinang amat menyedihkan dan memalukan. Ia mendaifkan dan menafikan satu identiti dan tamadun kepada kedudukan dan kewujudan Melayu di Pulau Pinang. Wacana persejarahan dan wacana popular meminggirkan tamadun awal Melayu di Pulau Pinang.

Amatlah dukacita pihak berwajib kita ini kerana membiarkan peminggiran sejarah kedua-dua penempatan awal berkenaan. Kawasan kampung Batu Uban sebagai contoh, wujud pada awal 1700 dalam jalinan perhubungannya dengan Batu Bara di Sumatera dengan sebuah masjid (1734) dan kawasan perkuburan yang menjadi bukti alam Melayu-Islam itu sudah sekian lama dipinggirkan.


Masalah ini sebenarnya sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Jujurkah usaha kerajaan menjadikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia tanpa berlaku adil kepada sejarah sebenar umat melayu islam sebagai penduduk asal Pulau Pinang ?

Sekarang, masalah ini diwarisi kepada kerajaan Pakatan Rakyat pula. Tindakan yang drastik perlu diambil jika PR benar-benar jujur dalam pentadbiran di Pulau Pinang. Jangan sehingga ada rakyat yang mengatakan kerajaan PR di Pulau Pinang hanya indah khbar daripada rupa.Saya melihat pimpinan Pulau Pinang sudah semakin terbuka dengan cara dan keindahan islam seperti yang diperkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maka wajarlah pimpinan Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng mula memelihara tempat-tempat bersejarah milik kaum melayu islam agar sesetengah ahli masyarakat tidak lagi berasa sadis dan pesimis dengan kerajaan Pulau Pinang sekarang walaupun dipimpin oleh seorang cina.

Kita sebagai satu bangsa Malaysia perlu saling membuang sifat ekstrimis kaum dan cuba untuk hidup bersatu padu saling memahami antara kaum. Dengan cara itu barulah negara kita disegani dan digeruni musuh-musuh tanah air yang sentiasa mencucuk jarum-jarum perkauman untuk menghuru-harakan negara berdaulat ini.

5 comments:

  1. Yong sangat suka article anda. Di Jepun, orang Jepun namakan kawasan runtuhan atom Hiroshima sebagai warisan sejarah, demi mengingatkan masyarakat tentang kejamnya perbuatan AS terhadap rakyat biasa dengan menggugurkan bom atom. Di Malaysia ada orang Melayu yang minta grant untuk baikpulih kota tinggalan penjajah. Konon nak jadikan warisan sejarah. Apa punya biol? Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    ambe tak tahu nak cakap apa, mmG kagum ngan penulisan enta..sendiri tulis kan?
    penuh fakta..ilmiah..& paling pentinG dapat membuka minda..teruskan menulis yer sahabat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
    Perak dengan aman dan jayanya.

    Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
    Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
    kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
    rakan bloggers yang lain.

    Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
    Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
    Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
    politik Perak YANG SEBENARNYA.

    Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
    penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
    semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
    MEREKA MAHUKAN?


    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
    ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
    blog kami,

    http://perakreform.blogspot.com/


    dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
    agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
    tercinta.

    Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
    tuan/puan.

    Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
    kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. syukran Yong,Azrai n Perakreform...

    salam ukhuwah...syukran krana sudi ziarah blog saya n comment....

    ReplyDelete
  5. sumber saya dapatkan daripada kajian sebuah profesor di salahsatu Universti di m'sia n saya olah dengan menggunakan gaya bahasa saya..

    wallahualam yer...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN