FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 8 March 2010

Yahudi Zionis Telah Menyerang Malaysia !!!


Adakah Malaysia sudah dikuasai Yahudi Zionis ??? Sejak sekian lama beberapa pertubuhan yahudi zionis telah bertapak subur di negara kita yang tercinta ini. Antara pertubuhan yahudi zionis yang paling berpengaruh di Malaysia adalah Freemason.

 Ingatkah anda, YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengusulkan supaya pertubuhan ini diharamkan di Malaysia ketika satu sidang parlimen pada tahun 80-an. Namun, usul beliau telah ditolak mentah-mentah oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

Alasannya, tiada bukti untuk mengaitkannya dengan agenda yahudi zionis dan pertubuhan ini sah serta berdaftar. Pertubuhan ini juga dikatakan menjalankan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di negara kita.

Benarkah begitu ???

Memang la susah nak dapat bukti sebab aktiviti pertubuhan ini dijalankan secara teramat rahsia. Tiada orang boleh tahu dan masuk kecuali ahli-ahli mereka sendiri. Itupun mengikut pangkat-pangkat tertentu yang terdapat dalam pertubuhan tersebut. Tapi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ada beberapa ahli yang telah sedar dan insaf lantas keluar daripada pertubuhan ini. Lantas, menceritakan kepada kita semua kebobrokan pertubuhan ini yang sesat. Di sini saya sertakan serba sedikit asal usul pertubuhan ini.


Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

Satu soalan cepu emas telah dilontarkan, kenapa pertubuhan Freemason ini masih bebas bertapak di Malaysia sejak sekian lama ??? Jawapannya kerana ada menteri,VIP,VVIP serta orang yang berpengaruh di Malaysia menjadi ahli dalam pertubuhan ini.



#Maaf jika terkasar bahasa, saya tidak memaksudkan yang Tun Dr Mahathir Mohammad adalah seorang pendukung Freemason tetapi saya bersangka baik yang beliau masih tidak mengetahui agenda sebenar pertubuhan ini ketika itu. Semoga rahmat dan hidayah Allah di curahkan kepada kita semua rakyat Malaysia tidak kira parti politik dan fahaman terutamanya pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan dan parti-parti politik tidak kira PAS,UMNO ataupun PKR.

9 comments:

  1. mu tuleh dirih ke copy paste niem??

    ReplyDelete
  2. pemimpin2 politik kita pon ade yang dikatakan ahli freemason or ejen zionis ni, seperti pemimpin2 kanan DAP, Khairy jamaluddin, mahathir la, anwar la....

    tak tau yang mana benar yang mana palsu...
    mohon Allah tunjukkan yang mana benar, yang mana batil...

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    penyelewengan & pengaruh gerakan ini da selalu kita dengar..mungkin salah satu agenda mereka untuk menjayakan pr0tokol Yahudi..
    namun siapa dalang & ahli disebalik kewujudannya di negara kita masih samar2..m0ga kita semua sentiasa berwaspada..ia bergerak licik dalam semua urusan..p0litik, ek0nomi, kebajikan, seni

    ReplyDelete
  4. Salam...sekuat mana pun mereka 1 hari nnti mereka akan ditewaskan juga oleh Imam Mahdi dan tentera2 panji hitam ufuk timur...insyaallah...

    ReplyDelete
  5. syukran Aku Insan...
    tulih dirri la...hehe

    syukran juga kepada Anon, Azrai, dan anon sekali lg,
    memang mereka telah memecah masuk dalam pelbagi bidang di negara kita ini...licik sekali..

    Namun saya setuju juga dengan pendapat anon,
    InsyaAllah mereka akan tewas jua...Allahuakbar !!!

    ReplyDelete
  6. salam

    saya semakin berminta ingin mengetahui sejarah yahudi, israel dan zionist
    dengan berbagai2 agenda dan kepercayaan
    dari bacaan saya, selain islam, agama yahudi dan kristien juga percayakan tuhan itu allah swt.
    cuma kristien percaya nabi isa anak tuhan dan mereka tak mahu terima nabi muhammad sebagai rasul terakhir, dan agama yahudi tidak mahu terima ajaran nabi isa apa lagi nabi muhammad saw.dan kitab taurat juga telah di seleweng oleh ahli2 kitab semasa itu dan wujudnya talmud.
    yahudi percaya palestina adalah tanah perjanjian tuhan allah kepada kaum israel dan percaya baitul maqdis adalah milik mereka kerana tapak temple of the king dulu.

    suka baca pasal freemasonry
    panji2 hitam
    pemunculan imam mahdi
    panji2 hitam
    yakjuj dan makjuj
    dajjal
    dll
    konspirasi

    salam

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...

    semoga Allah terus memberikan taufiq da hidayah kepada kita termasuklah saudari Bluecity...

    minat akan membawa kta kepada kesungguhan dalam menuntut ilmu...

    teruskan pembacaan saudari, semoga ianya akan memberi manfaat kepada kota semua..

    ReplyDelete
  8. kesombongan unutk menjajah dunia....new world order..

    lihat la simbol2 ritual yang diorang guna semua bentuk alat untuk pembinaan

    ini kerena mereka mengaku yang mereka ini la tuhan yang sudah banyak membina bermacam2 jenis binaan....THEY SAID THEY ARE THE BUILDER...

    tapi diorang lupa diorang cuma bleh bina banggunan tapi x bleh cipta pasir,batu...

    ReplyDelete
  9. syukran anon..

    sememangnya mereka bangsa yg paling sombong di atas muka bumi ini...dalam monumen seni bina mereka, mereka akan selitkan simbol2 ritual mereka..

    masyaAllah...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN