FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 21 March 2010

Pembohongan Disebalik Bantuan Kemanusiaan Barat

Mengapakah negara-negara Barat begitu bersemangat untuk pergi ke negeri-negeri yang sedang dilanda bencana? Adakah tujuannya untuk memberikan pertolongan atau mempunyai tujuan yang lain? Adakah negara-negara kapitalis mempunyai sikap mengambil berat terhadap rasa kemanusiaan sehingga mereka sanggup bersaing untuk melakukan ‘penyelamatan’  ke atas orang-orang miskin dan orang-orang yang sakit di kalangan umat manusia?!


 Atau adakah  mereka menyembunyikan belati beracun di sebalik jubah bantuan kemanusiaan ini? Adakah asas ideologi kapitalis mengenali erti nilai kemanusiaan sehinggakan mereka harus menghantar pasukan penyelamat, kapal terbang dan kapal laut mereka untuk melakukan ‘penyelamatan’ ke atas umat manusia yang sedang ditimpa bencana?!

Di Haiti, Amerika menghantar pasukan tentera dan menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk mengambil peranan utama dalam mengendalikan lapangan terbang serta mula mengawal setiap pergerakan pesawat. Dapat dilihat dengan jelas sekali bagi semua pemerhati bahawa tujuan Amerika dan juga negara-negara Eropah bukan hanya untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi dan membantu para pelarian, ia juga adalah perang untuk merebut pengaruh, kekuasaan dan kepentingan mereka. 



Lihatlah di Haiti sejauh mana kejatuhan moral yang berjaya dicapai oleh kaum kapitalis apabila bocornya laporan penyeludupan anak-anak yatim Haiti untuk mereka jadikan sebagai hamba, atau mereka gunakan sebagai ‘alat ganti’ manusia, sepertimana yang terjadi sebelum ini apabila Perancis yang berada Chad mencuri anak-anak kaum Muslimin dari  Darfur.

Di London, terdapat  persidangan yang diadakan  bertujuan untuk memberi ‘bantuan dan dukungan’  kepada Yaman, di London juga diadakan persidangan untuk ‘membina semula’ Afghanistan. Sebelum itu diadakan persidangan  di Paris untuk memberi ‘bantuan kewangan’ buat warga Palestin. Begitu juga di Palestin, terdapat bantuan kewangan yang diberikan kepada warga Palestin yang menjadi korban oleh Perwakilan Amerika untuk Pembangunan atau bantuan dari Kesatuan Eropah yang mana di atasnya ditulis ‘pemberian’ atau ‘hadiah’ daripada rakyat Amerika atau Kesatuan Eropah untuk ‘kehidupan’!

Begitu juga persidangan ‘membina semula’ Iraq di Madrid, persidangan ‘membina semula’ Gaza, persidangan Somalia dan banyak lagi persidangan-persidangan yang lain. Adakah negara-negara Barat kapitalis yang begitu sibuk menguruskan masalah Yaman, Afghanistan, Iraq, Somalia dan Palestin ini disebabkan  mereka begitu mengambil berat terhadap negara-negara miskin serta mereka sangat kasih dan sayang terhadap  anak-anak yatim dan orang-orang yang sakit?! Sehinggakan mereka sanggup meninggalkan urusan dalam negara mereka sendiri sedangkan  krisis kewangan kini sedang menimpa mereka?!

Adakah negara-negara kapitalis akan menghabiskan dananya untuk membantu manusia (rakyat) di negara-negara lain sambil membiarkan rakyatnya sendiri terlantar tanpa tempat tinggal, pendapatan serta tidak memiliki pekerjaan?! Atau adakah masalah-masalah ini adalah termasuk urusan dalam negaranya sehinggakan ia perlu menguruskan kepentingannya? Atau adakah semua itu merupakan sebahagian daripada wilayah jajahan mereka, dan bertujuan untuk meluaskan pengaruh mereka?!

Sesungguhnya, ideologi kapitalisme tidak pernah mengenali nilai kemanusiaan (al-qîmah al-insâniyyah), bahkan ia bukan persoalan bagi mereka. Satu-satunya ukuran bagi mereka  adalah nilai material (al-qîmah al-mâdiyyah). Selain itu, kapitalisme juga menganggap penjajahan sebagai sebahagian perkara yang penting dan mendasar di mana penjajahan dijadikan sebagai cara untuk menyebarkan ideologinya. 



Jadi adalah sangat dangkal sekali jika seseorang berfikir bahawa bantuan yang diberikan oleh negara-negara Barat terhadap kaum Muslimin atau terhadap umat manusia yang lain yang sedang ditimpa musibah sebagai tanda wujudnya rasa kemanusiaan mereka. Dan janganlah terpengaruh dengan melihat tangan mereka yang kononnya tampak putih, bersih daripada tipu daya, kotoran dan kelicikan, padahal hakikatnya tangan mereka sentiasa berlumuran dengan darah.

Negara-negara Barat menggunakan apa yang disebut sebagai ‘bantuan kemanusiaan’ untuk menipu kaum Muslimin atau untuk menjajah manusia serta untuk melaksanakan rencana-rencana jahat mereka. Bukti yang paling ketara dalam hal ini adalah seperti penyeludupan senjata yang dilakukan oleh organisasi “kemanusiaan” untuk kepentingan para pemberontak dari selatan Sudan  semasa perang pemisahan. Sesungguhnya, Dzat Yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa telah pun  memberitahu tentang tujuan aktiviti mereka yang tersembunyi dan apa yang mereka rencanakan, sebagaimana Dia juga telah memberitahu tentang kepastian akan kegagalannya. Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, kemudian  mereka akan dikalahkan. Dan neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” (TMQ Al-Anfal [8] : 36).



Tragedi di Haiti sepatutnya diambil pengajaran oleh seluruh umat islam di dunia. Malah kes-kes talam dua muka ini bukan sahaja berlaku di sana tetapi juga berlaku di negara-negara islam yang bergolak di seluruh dunia.


Jika kita sayangkan negara kita, marilah kita hidup bersatu padu tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik bagi memelihara kedaulatan dan keamanan Malaysia. Namun, jangan pula bersahabat dengan 'parti-parti jarum halus yang sudah terdapat di negara kita' yang mana menghancurkan umat islam perlahan-lahan, menjauhkan Al-Quran dan sunnah daripada umat islam serta menyuburkan pusat-pusat maksiat. 


Walaubagaimanapun, jika 'parti-parti' ini berubah kepada islam kita juga harus bersedia menerima mereka. Ingatlah, apabila negara kita sudah tidak stabil lagi anasir-anasir luar akan mencucuk-cucuk lebih banyak jarum halus mereka di negara kita. Ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.



2 comments:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN