FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 4 March 2010

Keretakan PKR, Siapa Salah Siapa Benar ???

Sekali lagi isu kalimah Allah menjadi punca keretakan rumah tangga PKR yang mana menyebabkan Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas semalam.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain yang telahpun meninggalkan parti itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng dengan isu masing-masing. Mungkinkah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin juga akan mengikut jejak langkah mereka?


Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.
DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi. 

Siapakah sebenarnya punca beberapa ahli parlimen ini meninggalkan parti ?Jika diteliti  beliau adalah seorang yang berketrampilan agama. Isu yang dibangkitkan pula adalah isu kalimah Allah sama seperti isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Adakah benar dakwaan mereka ada ahli majlis tertinggi yang tidak ambil peduli dan meremehkan isu berkenaan kalimah Allah, mempersendakan kalimah agung ini ???

Jika hal yang demikian benar-benar berlaku, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyiasat secara menyeluruh tentang perkara ini. Ingatlah, hal-hal yang berkenaan dengan kemaslahatan umat islam di Malaysia lebih penting daripada mengejar cita-cita menubuhkan kerajaan. 

Tiada guna kita dapat menubuhkan kerajaan jika hal-hal yang berkenaan dengan kemaslahatan umat islam di Malaysia telahpun tergadai dan kucar-kucir.

Sesi perbincangan dan dialog perlu segera dilakukan yang mana akan membincangkan isu kalimah Allah ini yang disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, ahli majlis tertinggi parti masing-masing,para ulama' serta anggota-anggota parti yang tidak sependapat ini.

Jangan jadikan hal-hal yang mengganggu Pakatan Rakyat kini sebagai satu penghalang bagi menubuhkan satu kerajaan yang bukan saja mempunyai pentadbiran yang lancar malah memperjuangkan syiar islam di negara ini. Cubalah sedaya upaya menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dengan penuh hemat dan baik.


9 comments:

  1. Jelas sekali katak haram ini berbohong. Sebelum ini dia telah menyokong penuh pendirian PR dan PKR dalam isu Allah.Sila Klik di bawah

    http://politikbanjar.blogspot.com/2010/01/sesi-dialog-dan-kunjungan-ke-gereja.html

    Ini bukan sy yang kata tapi Tan Kuda yang cakap..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Yang jadi masalahnya orang melayu yang mengakui beragama islam sendiri tidak faham Rububiyah,mengaku islam yang kuat tapi bangang tentang ciptaan Allah,Jin lagi baik dari manusia ketika mana dia nak sesatkan Adam dia mohon dulu nak sesatkan manusia ertinya dia tahu Tuhannya dalah Allah, seluruh makhluk Allah tentukan bertuhan kepadaNya akan tetapi orang melayu pula pandai-pandai nak tentukan ketuhanan makhluk yang lain

    ReplyDelete
  3. Hijabul ni ahli PKR ke? Ataupun penyokong PKR?

    ReplyDelete
  4. Salam...solution die sng je...umat islam perlu bersatu dan kembalikan daulah khalifah...buang msa je ngn sistem demokrasi yg direka oleh kafir laknat ni....disebabkn demokrasi lah umat islam berpecah belah....bg saudara appzak...sy da ikot lme da blog ni...blog ni xmnyokong mna2 pihak...blog ni bg sy untuk menyatukan umat islam dinegara kita...teruskan perjuangan hijabulcrewz...

    ReplyDelete
  5. salam sahabat sekalian,

    thatguy,
    syukran laka...kalau begitu yang saudara tulis,mungkin ada betulnya.Namun,saya sendiri pun tidak jelas tentang perkara ini sebenarnya dan saya percaya masih ramai rakyat di luar sana keliru dengan situasi politik kita sekarang inginkan penjelasan yang benar-benar KONKRIT !!!

    walaupun begitu, pimpinan tertinggi PR perlu tetap menyiasat tentang masalah2 yang timbul sejak akhir-akhir ini jika mereka benar-benar ikhlas berjuang demi keadilan rakyat dan kesejahteraan orang islam khususnya.

    Dan hasil siasatan perlu dihebahkan kepada masyarakat umum..

    ReplyDelete
  6. syukran Pak Kara,
    memang betul Allah adalah satu-satunya tuhan bagi seluruh umat manusia...Namun, kita mesti fikir juga tentang apa sebenarnya niat mereka menimbulkan isu ini.

    Ajaran islam memberi satu macam rukhsah atau perkara yang dibolehkan kita ubah atau lakukan atau pinda dalam perkara2 tertentu demi kemaslahatan umat islam dan generasi islam akan datang...

    Dr Haron Din pon tidak setuju dengan penggunaan kalimah ini oleh orang kristian terutamanya di semenanjung...

    ingatlah firman Allah, sesungguhnya kaum yahudi dan nasrani itu tidak akan sesekali redha keatas kamu sehingga lah kamu mengikuti mereka...

    Tapi itula,memang perbezaan pandapat ini lumrah...namun saya juga tidak berapa setuju jika akibat perkara ini,orang melayu islam berpecah belah macam sekarang..lompat sana-sini...huhu

    apa2 pon syukran Pak Karamu kerana sudi singgah di blog ini...segala komen dan pendapat anda amatlah dihargai..

    ReplyDelete
  7. syukran appzak,
    saya sebenarnya bukan lah ahli pkr atau seorang penyokong pkr...saya seorang yang menyokong PRINSIP parti PAS...memartabatkan islam di Malaysia...

    so,apa2 perkara yg berkaitan dengan masalah umat islam dan hal2 yang berkaitan PAS...saya akan cuba tuliskan pendapat saya...namun, ini tidak bermakna saya sokong 100% tindakan PAS...

    Ape sahaja usaha yang dilakukan untuk memelihara kemaslahatan umat islam di Malaysia yang dilakukan,akan saya sokong...
    tidak kira la dari PAS,UMNO,PKR,BN or PR saya akan sokong...juga ngo2 yg memperjuangkan islam...


    syukran juga saya ucapkan kepada anon di atas keran sudi follow sini...moga usaha kita akan membuahkan hasil akhirnya..

    ReplyDelete
  8. Keluar dari PKR Masuklah parti santan sangat berguna untuk buat kari buat gulai masak lemak,dan lain lain masakan.

    ReplyDelete
  9. hahaha...

    Man toya delmontey nie....buat lawak pulak kat sini...hahaha..

    nakal betol la Man toya nie... nama pon cam poyo jee..haha

    just kidding...

    pe2 pon syukran kerana ziarah blog ana...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN