FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 2 February 2010

Dr Asri Mengulas Tentang Aduka Taruna

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui.

Semakin gempar nampaknya apabila Dr Asri mendedahkan tentang isi kandungan blog yang pernah ditulis oleh Aduka Taruna tentang isteri Nabi SAW. Kandungannya teramat hina lagi dina. Untuk gambaran yang lebih jelas klik link ini : http://drmaza.com/home/?p=994

Siapakah yang lebih utama seorang sultan atau seorang nabi. Memang kedua-dua individu tersebut perlu dihormati oleh semua umat islam. Namun terdapat satu kejelikan di sini apabila isu berkenaan Sultan Johor mendapat bantahan yang amat meluas daripada NGO dan sesetengah parti politik khususnya sehingga menjurus kepada penangkapan beliau.

Kenapa ketika artikel tentang tentang penghinaan terhadap isteri nabi SAW dikeluarkan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap beliau. Saya bersangka baik, mungkin tiada maklumat yang jelas dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Namun, isu ini harus diambil pengajaran oleh semua rakyat di Malaysia khususnya masyarakat melayu islam supaya lebih peka terhadap apa sahaja isu yang timbul yang membabitkan agama islam dan bangsa melayu. Isteri nabi SAW perlu dihormati begitu juga raja-raja di Malaysia kerana tanpa raja-raja,agama Islam tidak akan dilindungi dan dijamin hak keistimewaannya di Malaysia.

Wallahualam.

3 comments:

  1. Patutnya sebagai penyebar maklumat, janganlah disebarkan maklumat paslu, pihak blogger perlulah menjadi agen pembangunan, agen perpaduan dan agen kesejahteraan rakyat. Kalau membuat blog untuk kekacauan dan merosakkan negera, lebih baik tak payah. Apakah ini rakyat negara yang setia jika buat blog untuk pecah belahkan negara demi kepentingan diri? Patutnya orang sebegini malu dengan tindakan sedemikian. Apakah perasaan kita bila orang ramai berpecah belah dan negara huru hara akibat artikel dalam blog yang berbentuk hasutan yang ditulis oleh blogger yang tidak bertanggungjawab? Sukakah hati kita melihat rakyat bertetakan sesama sendiri, bertikam-tikaman sesama sendiri, dan anasir asing masuk ke negara kononnya untuk tenteramkan keadaan tetapi menjadi penjajah pula pada negara seperti di Iraq dan Afghanistan? Kepada blogger sekalian, anda boleh dikatakan pandai kerana mahir gunakan teknologi, tetapi kepandaian yang ada janganlah menjadikan diri pandir pula dengan tingkah laku yang bukan-bukan. Sama-samalah membantu dalam membangunkan negara. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Satu lg, ada ke kenyataan saya dalam artikel yg menunjukkn saya membawa perpecahan dalam negara yang tercinta ini ???

    ReplyDelete
  3. islam yg teguh tak memerlukan sultan melayu..
    Penaung agama islam mende??
    anak bini x pakai tudung.
    dok rok cetong.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN