FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 10 February 2010

DAP Tidak Diperlukan Dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.


Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.

“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.

“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.

Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.

Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.

“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya.

9 comments:

  1. Semua pemimpin kanan DAP merupakan anggota freemason.....

    ReplyDelete
  2. Ini saya datang berkunjung dalam blog nih, tapi sekarang saya berada di Madinah

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya saya x paham en Zul ni, dia dalam parti mana ? macam lebih sudu dari kuah pulak. ketua x cakap apa dia yang lebih ... kenapalah ada orang macam ni dalam parti,pentingkan diri sendiri saja .. kalau cam ni buat;ah parti sendiri dan cari penyokong sendiri baru tahu diri tu sapa ...

    ReplyDelete
  4. Buat pandangan saya yang terbaik untuk pakatan rakyat adalah lebih baik en. zul keluar dari parti yang d wakili bukan pati DAP tapi sdra yang patut keluar sbb merapu tak tentu pasal.kami sebagai pemerhati lebih banyak dapat menilai sesuatu masalah yang terjadi d sekiling.

    ReplyDelete
  5. kepada saudara kumanddie,

    sy nk tanye, macamana saudara begitu yakin sume pemimpin knn DAP tu freemason ???boleh tak saudara tunjukkan beberapa bukti yg mnyokong knyataan anda...maaf saudara,saya hanya inginkan kepastian...krn sy tidak mahu syak buruk keatas org lain tanpa sy selidik dulu...

    ReplyDelete
  6. kpad singamaraja,

    buat umrah ker ??? doakan untuk sy jugak yer kat sana walaupon anda dn sy tidak pernah kenal satu sama lain...

    ReplyDelete
  7. zul udah.udah lah...... jangan panjangkan masalah lagi.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....apa yg sy doa & harapkan hmpir pasti dimakbilkan oleh Allah S.W.T.....ada btolnya kta YB Zul ni...umat islam dinegara kita ini perlu bersatu bkannya berpecah& sy sgt2 bersetuju dgn kata2 beliau "DAP DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ ".....

    ReplyDelete
  9. syukran kedua-dua anon di atas...

    nampaknya dua pandangan yang berbeza yer..hehe...

    pe yang saudara doakan yer???

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN