FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 17 December 2009

Keberanian Angkatan Tentera Malaysia Yang Dilupakan

Di sini saya sertakan sebahagian kisah pengorbanan sebahagian anggota Angkatan Tentera Malaysia yang tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada masyarakat antarabangsa yang mana telah terlibat dalam salah satu daripada adengan pertempuran yang paling popular di dunia iaitu pertempuran di Pasar Bakhara, Mogadishu di Somalia.
Batalion 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Mekanis) telah ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Dalam Perkhidmatan batalion ini dengan UNOSOM, batalion ini telah ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat UNOSOM. Pada 3 dan 4 Oktober 1993, Pasukan Petugas US Ranger dan Delta Force (unit elit dan komando khas US Army) melakukan operasi untuk menawan beberapa konco kanan Mohamed Farrah Aidit.  

Malangnya operasi ini menghadapi masalah. Pasukan tentera tersebut terperangkap. Terdesak, tentera Amerika Syarikat meminta bantuan UNOSOM dan 19 RAMD untuk memberikan bantuan meyelamatkan anggota Tentera Amerika yang terperangkap. 


Tentera Amerika Syarikat mahu menggunakan Kenderaan Perisai Radpanzer Condor milik 19 RAMD dan tidak mahukan bantuan askar 19 RAMD . 19 RAMD enggan menyerahkan Radpanzer Condor kepada Tentera Amerika, dan akhirnya satu kompromi dicapai. 19 RAMD membenarkan anggota tentera Amerika menaiki Condor, tetapi pemandu, komander dan pengendali senjata akan terdiri dari anggota 19 RAMD . 60 orang anggota 19 RAMD terbabit dalam operasi menyelamat askar Amerika Syarikat ketika itu. 


Selepas diberi taklimat operasi, pasukan yang diketuai Leftenan Azman bergerak pada jam 11 malam. 16 buah Radpanzer Condo bergerak secara konvoi. Perjalanan ke tempat di mana tentera Amerika berlindung penuh dengan halangan, dan konvoi sering dihujani peluru dan roket.  


Mereka terpaksa mengelak periuk api yang ditanam di atas jalan dan tembakan penembak curi dari arah merata tempat menyebabkan pergerakan terganggu. Leftenan Azman memberi arahan dengan tenang semasa menghadapi serangan pemberontak ketika operasi menyelamat menaikkan semangat pasukan.  


Akhirnya pada jam 7.45 pagi, 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Dari 19 RAMD seorang askar telah terbunuh. Prebet Mat Aznan Awang telah terbunuh apabila roket RPG-7 menembusi kompartmen pemandu kereta perisai Kondor yang dipandunya.  


Peristiwa ini telah menjadi inspirasi kepada pengeluar filem Amerika untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Black Hawk Down" bagi 'mengenangkan' kembali kegagalan askar-askar mereka dalam operasinya di Mogadishu. Malangnya dalam filem ini tidak ditonjolkan penglibatan anggota 19 RAMD yang telah bersama-sama menyelamatkan askar-askar elit/komando Amerika terbabit !!! 


Satu lagi peristiwa yang berlaku di Somalia adalah kejadian yang melibatkan arwah Prebet Aznan dan seorang lagi anggota komando (sekarang pegawai). Pada masa itu,konvoi arwah berhenti di Hunter base dan mempelawa Kolonel Robbani (bersara RSM) dan seorang anggota menyertai mereka. Apabila diserang, hanya komando kita yang melawan dan enggan menyerahkan senjata hinggalah mereka tidak lagi berdaya melawan sambil tidak berhenti henti menyebut "ya Allah', ya Allah."


Sememangnya angkatan komando Malaysia telah diasuh dengan dengan disiplin islam yang tegas. Namun, mereka dibebaskan setelah Jeneral Aboo Samah ketua pemerintah UNOSOM 11,iaitu kompeni ATM yang terlibat memberi amaran, tentera Malaysia akan 'amuk' kubu kuat Jeneral Farah Aidit jika mereka tidak dilepaskan dalam masa 24 jam.


Peristiwa lain, bagaimana keberanian Jeneral Aboo Samah yang cuma diiringi oleh sekumpulan kecil (kalau tak silap seramai 7-10 orang) escort dari komando bertemu empat mata dengan Jeneral Farah Aidit, di kubu kuat Farah Aidit. Cerita komando kita yang kerdil berbanding saiz orang Somalia itu, menguak dan merempuh barisan pengawal Farah Aidit, hebat dan beraninya mereka itu hanya Allah yang tahu.                                                                         

Kita perlulah bersyukur kerana dikurniakan angkatan tentera yang melindungi tanah berdaulat ini, yang bukan sahaja memiliki keberanian malah iman yang teguh walaupun ada juga sebilangan kecil yang hampeh terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Memang mana-mana institusi pun ada kekurangannya.

Walaupun saya tidak berapa bersetuju kerana negara kita agak rapat dengan US dalam bidang ketenteraan kerana umum telah mengetahui US telah melakukan banyak konspirasi untuk melemahkan umat islam. 
Apa-apa pun, sikap anggota tentera kita di Somalia menunjukkan mereka juga masih lagi mempunyai maruah yang tinggi untuk menjatuhkan ego tentera US. Angkatan komando US yang dibangga-baggakan telah diselamatkan oleh sejumlah komando kita yang kerdil, melayu dan yang paling penting islam.

13 comments:

  1. assalammualaikum saudara, boleh tak saya nk dapatkan cerita ni secara keseluruahan, klu boleh dengan sumbernya skali. sebab sy nk buat koleksi. sy pernah baca psl kes ni dalam paper dulu. cume nk tahu the whole story. bkn pe..cerita mcm ni bagus untuk naikkan moral dan motivate bangsa kite. we're all in need of heroes...

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummusalam...

    secara keseluruhan ?? maafla saudara, di tangan saya hanya mempunyai cerita yang seperti di atas sahaja...

    Semua yang saya tau berkenaan dengan kejadia tersebut telah saya nukilkan di atas...selebihnya saya tidak tahu...

    tapi mungkin anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas jika membaca majalah Perajurit...huurrrmm...maaf sekali lagi saya tiada tarikh majalah itu diterbitkan...tapi saya pernah membacanya....

    jika anda mempunyai majalah itu, cuba belek-belek yang lama-lama punya...InsyaAllah jumpa....

    ReplyDelete
  3. oh klau macam tu tak pe lah. sy akan cari majalah 2 nnt. pe2 pn saya harap saudara akan terus memaparkan cerita2 menarik macam ni. dan keep on posting. klu bkn sbb post saudara sy pn masih kabur lagik dengan sejarah dalam buku teks kita. moga Allah akan memberi ilham dan membuka jalan untuk saudara mendapatkan lebih banyak lagi material2 sejarah mcm ni. dan insyaaallah, klu ad sy temui pe2 material yang menarik akan sy emelkan kpd saudara. Aslmkm.

    ReplyDelete
  4. wasalam...

    InsyaALLAH..akan dipermudahkan jalan...

    jangan lupa emailkan kepada saya jika ada maklumat2 yang menarik...yep..

    semoga ukhuwah yang terjalin di alam maya dibawa ke akhirat..Amiin....

    ReplyDelete
  5. salam

    kepada yang bertanya sila lakukan carian dengan kata kunci shahpaskal, http://militaryofmalaysia.net

    ReplyDelete
  6. salah seorang askar malaysia adalah bapa saudara saya abg din

    ReplyDelete
  7. wasalam anon2,

    saudara takder cerita-cerita pengalaman sepanjang beliau menjadi tentera ke ??=)

    ReplyDelete
  8. hijabul crewz...sebelum menulis pastikan dapat majlumat yg betul...tentang pangkat dalam atm...bagi saya kesilapan anda yg paling ketara ialah kolonel robbani....bersara RSM..kolonel kalau bersara ia tetap kolonel...ia tidak ada gelaran lain. RSM ialah gelaran bagi seseorang anggota yg berpangkat Pegawai Satu...tidak semua anggota yg berpangkat Pegawai waren satu..itu RSM..RSM ialah Regimen Sarjan Mejar...ataupun Sarjan Mejar Rejimen...sama-sama saja..dua-dua boleh digunakan pakai..

    ReplyDelete
  9. ~anonymous~

    maaf ya, saya bukanlah pernah terlibat secara langsung dalam bidang ketenteraan ini. Cuma berminat untuk mengkaji dan prihatin akan situasi pertahanan negara. Saya juga mengumpul kisah-kisah mereka. Terima kasih ya atas teguran itu.

    ReplyDelete
  10. Bahaya! Tentera Malaysia jangan bersekutu dengan tentera Amerika! Jangan kita dijadikan pelindung mereka! Sebagaimana didalam hadis yang berbunyi:

    Dari Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi dalam kemurkaan Allah,dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan tameng buat mereka. (Riwayat Thabrani)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Namun ada juga hadis yang mengatakan Islam dan Rum akan bersatu pada akhir zaman sebelum akan berperang sesama sendiri pula selepas itu. Wallahualam.

      Delete
  11. haibat nyer...

    bantu kafir amerika bunoh muslimin...

    bangga nyer jadi malaysian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam misi ini, anda perlu berlaku adil. Bagaimana sebenarnya keterlibatan tentera Malaysia di Somalian. Anda mesti telah membuat telahan tanpa mengetahui dulu sebenarnya cerita sebenar full version. Anggota kita sebenarnya sebagai anggota pengaman PBB bukan membantu Amerika memerangi Jeneral Farah Aidit. Jeneral Farah Aidit sendiri menghormati Malaysia dan tidak akan membunuh tentera kita dengan sengaja. Dalam isu ini, tentera kita terbunuh kerana kita terperangkap di tengah-tengah medan peperangan dalam usaha menyelamatkan nyawa tentera Amerika.

      Ingat, tentera kita ditugaskan ke sana bagi menjernihkan rundingan, memulihkan keadaan dan keamanan di sana.

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget